Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Solo Leveling Dedahkan Trailer Pertama! Akan Tayang Awal Tahun 2024!

Maira by Maira
March 22, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Solo Leveling Dedahkan Trailer Pertama! Akan Tayang Awal Tahun 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama menunggu, akhirnya maklumat terbaru mengenai siri anime Solo Leveling melepaskan maklumat baru. Bukan setakat itu sahaja, kita juga mendapat trailer pertama siri!

Diumumkan melalui Twitter, siri anime Solo Leveling bakal ditayangkan pada musim sejuk 2024. Bermakna ianya akan ditayangkan pada awal tahun 2024. Jadi betullah khabar angin mengenai penundaan tayangan untuk siri tersebut. Kalau ikutkan, Solo Leveling dijadualkan untuk tayangan pada tahun ini. Tetapi melihat dengan beberapa siri A-1 Pictures yang ditunda sekarang, rasanya ini langkah yang bijak.

Melalui laman web rasmi, nama protagonis kita juga bukanlah Sung Jin-Woo tetapi ditukar kepada nama Jepunnya iaitu Shun Mizushino. Melihat daripada perubahan ini, ada kemungkinan besar beberapa bahagian akan ditukar oleh studio animasi nanti.

Anime Solo Leveling

Untuk anda yang tidak tahu, Solo Leveling merupakan sebuah manhwa yang merupakan adaptasi daripada web novel yang ditulis oleh Chugong. Siri manhwa ini telah pun tamat dan anda boleh membacanya melalui platform rasmi seperti Tapas. Bab ekstra juga sudah tersedia untuk dibaca. Berikut adalah sinopsis untuk Solo Leveling:

Sepuluh tahun yang lalu, satu “Gate” telah muncul dan menghubungkan dunia nyata dengan alam sihir dan raksasa. Untuk memerangi binatang buas ini, orang biasa menerima menerima kuasa luar biasa dan dikenali sebagai “Hunter.” Sung Jin-Woo yang berusia 20 tahun merupakan salah seorang Hunter tetapi dia dikenali sebagai “Hunter terlemah dunia.” Ini kerana kuasanya lebih lemah daripada orang yang berada dalam E-rank. Namun, dia memburu raksasa tanpa jemu di Gate berpangkat rendah untuk membayar bil perubatan ibunya.

Walau bagaimanapun, hidup Jin-Woo mula berubah apabila dia menyedari bahawa dia ditinggalkan untuk mati bersendirian selepas misi yang dilakukannya mengalami masalah. Dia terjaga di hospital tiga hari selepas itu dan menjumpai sebuah skrin terapung. “Quest Log” ini meminta Jin-Woo untuk selesaikan program latihan yang gila atau dia akan menghadapi hukuman. Pada mulanya dia keberatan untuk mematuhinya kerana quest tersebut semuanya susah tetapi dia menyedari perubahan tersebut mungkin mengubahnya menjadi Hunter paling hebat di dunia.

Apa pendapat anda mengenai trailer pertama Solo Leveling? Boleh kongsikan di ruangan komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ini, sila klik pautan ini.

Tags: Solo LevelingSolo Leveling anime
Previous Post

MLB The Show 23 & Infinite Guitars bakal tersedia dalam Xbox Game Pass bulan Mac ini!

Next Post

Morbius tunjuk taring dalam DLC terbaru Marvel’s Midnight Suns, tersedia sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Morbius tunjuk taring dalam DLC terbaru Marvel’s Midnight Suns, tersedia sekarang!

Morbius tunjuk taring dalam DLC terbaru Marvel's Midnight Suns, tersedia sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd