Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tayangan Siri Anime Solo Leveling Akan Ditunda! [Khabar Angin]

Maira by Maira
February 16, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Khabar angin
0 0
0
Tayangan Siri Anime Solo Leveling Akan Ditunda! [Khabar Angin]
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini kita sering mendengar siri-siri anime baru yang ditunda tayangannya kerana wabak Covid-19 ataupun masalah produksi. Boleh pula keluar khabar angin yang mengatakan bahawa adaptasi anime Solo Leveling akan ditunda.

Solo Leveling anime

Kalau anda mengikuti pengumuman siri anime, mesti anda perasan bahawa studio animasi A1-Pictures memegang banyak siri berprofil tinggi, atau senang cerita siri yang popular. Untuk musim ini sahaja NieR Automata telah ditunda selama dua minggu sebelum mendapat episod baru pada 18 Februari ini.

Dengan penangguhan tersebut, ramai yang membuat spekulasi bahawa siri anime Solo Leveling juga akan ditunda, lebih-lebih lagi apabila siri itu belum mempunyai tarikh tayangan. Ditambah pula dengan berita yang “dibocorkan” di media sosial, lebih kecohlah jawabnya.

Walaupun begitu, ia masih lagi khabar angin dan tiada pengumuman rasmi daripada pihak produksi. Apa pun kita tunggu sahaja pengumuman rasmi nanti.

Solo Leveling anime

Untuk anda yang tidak tahu, Solo Leveling merupakan sebuah manhwa yang merupakan adaptasi daripada web novel yang ditulis oleh Chugong. Siri manhwa ini telah pun tamat dan anda boleh membacanya melalui platform rasmi seperti Tapas. Bab ekstra juga sudah tersedia untuk dibaca. Berikut adalah sinopsis untuk Solo Leveling:

Sepuluh tahun yang lalu, satu “Gate” telah muncul dan menghubungkan dunia nyata dengan alam sihir dan raksasa. Untuk memerangi binatang buas ini, orang biasa menerima menerima kuasa luar biasa dan dikenali sebagai “Hunter.” Sung Jin-Woo yang berusia 20 tahun merupakan salah seorang Hunter tetapi dia dikenali sebagai “Hunter terlemah dunia.” Ini kerana kuasanya lebih lemah daripada orang yang berada dalam E-rank. Namun, dia memburu raksasa tanpa jemu di Gate berpangkat rendah untuk membayar bil perubatan ibunya.

Walau bagaimanapun, hidup Jin-Woo mula berubah apabila dia menyedari bahawa dia ditinggalkan untuk mati bersendirian selepas misi yang dilakukannya mengalami masalah. Dia terjaga di hospital tiga hari selepas itu dan menjumpai sebuah skrin terapung. “Quest Log” ini meminta Jin-Woo untuk selesaikan program latihan yang gila atau dia akan menghadapi hukuman. Pada mulanya dia keberatan untuk mematuhinya kerana quest tersebut semuanya susah tetapi dia menyedari perubahan tersebut mungkin mengubahnya menjadi Hunter paling hebat di dunia.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ini, sila klik pautan ini.

Tags: animeSolo Leveling
Previous Post

Ketahui Proses Pemilihan Lagu Dalam THEATRHYTHM FINAL BAR LINE — Interview Bersama Ichiro Hazama & Masanobu Suzui

Next Post

3 spin-off game League of Legends bakal dilancarkan tahun ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
3 spin-off game League of Legends bakal dilancarkan tahun ini!

3 spin-off game League of Legends bakal dilancarkan tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd