Sejak didedahkan, semasa acara Netflix TUDUM September tahun lalu, siri anime adaptasi francais game Onimusha akhirnya mendapat trailer rasmi! Bukan setakat itu sahaja, anime itu juga telah mendapat tarikh tayangan rasmi di platform tersebut. Seperti yang diumumkan, anime Onimusha akan tersedia di Netflix pada 2 November 2023!
Selain itu, kita juga didedahkan dengan barisan pelakon suara yang akan membawa watak-watak dalam adaptasi tersebut. Berikut adalah barisan pelakon suara Onimusha:
- Akio Otsuka sebagai Musashi Miyamoto
- Toshihiko Seki sebagai Kojiro Sasaki
- Hochu Otsuka sebagai Kensuke Matsui
- Daiki Yamashita sebagai Sahei
- Subaru Kimura sebagai Goro-Maru
- Katsuyuki Konishi sebagai Heikuro
- Kazuyuki Okitsu sebagai Kaizen
- Makoto Furukawa sebagai Gensai
- Aya Yamane sebagai Sayo
- Ryohei Kimura sebagai Iemon
Tentang Onimusha anime
Onimusha merupakan sebuah game survival action oleh Capcom yang berlaku semasa era Sengoku Jepun. Diarahkan oleh Takashi Miike, adaptasi anime ini akan fokus pada Miyamoto Musashi, yang dimodelkan oleh Toshiro Mifune, ikon filem Jepun yang terkenal di serata dunia. Ini adalah permulaan siri sengit penuh dengan aksi realistik di mana pedang Musashi akan memotong kejahatan sambil dia meneroka tanah yang dilanda kemiskinan.
CAPCOM memperkenalkan siri permainan aksi survival era Sengoku, “Onimusha”, pada tahun 2001 di mana ia menceritakan semula kisah dari era Sengoku tetapi dengan unsur ghaib/supernatural. Game terbaharu dalam siri ini, iaitu Onimusha: Warlords (remaster untuk game pertama), dikeluarkan pada Januari 2019.
Sebelum ini, francais permainan juga telah mengilhamkan filem CG “Onimusha: Dawn of Dreams” pada tahun 2006. Filem ini menyusun rakaman animasi CG daripada game Onimusha: Dawn of Dreams di PlayStation 2 dan juga menambahkan adegan animasi tambahan.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post