Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Kamen Rider Fuuto Pi mengeluarkan teaser & info lanjut!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 4, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Kamen Rider Fuuto Pi mengeluarkan teaser & info lanjut!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime baru Kamen Rider Fuuto Pi telah mengeluarkan teaser baru dan mendedahkan info pertama tentang pihak produksi. Sempena ulang tahun ke-50 untuk francais tokusatsu Kamen Rider dari Toei, kami diberitahu bahawa beberapa projek aksi langsung baru (termasuk sebuah filem reboot tentang Kamen Rider Black), dan juga adaptasi anime pertama bernama Fuuto Pi. Anime baru ini akan mengisahkan salah satu Kamen Rider paling popular dari era Heisei iaitu Kamen Rider W tetapi dengan merupakan sekuel rasmi yang dibentangkan dalam cara yang baru.

Menurut laporan awal, peminat diberitahu bahawa siri manga sekuel Kamen Rider W: Fuuto Pi akan menjadi anime pertama untuk francais Kamen Rider. Tetapi tidak banyak yang dikongsikan selain daripada tarikh anggaran untuk tayangan debut pada tahun 2022. Kini, mereka telah mendedahkan visual pertama, serta mengesahkan bahawa Fuuto Pi akan dianimasikan oleh Studio KAI, yang merupakan studio terkenal untuk anime seperti Uma Musume Pretty Derby Season 2, 7SEEDS , dan Super Cub. Berikut adalah gambar teaser:

Kamen Rider W adalah Kamen Rider ke-11 dalam francais semasa era Heisei dan merupakan Kamen Rider ke-20 secara keseluruhan. Ditulis oleh Riku Sanjo, dilukis oleh Masaki Sato, dan diawasi oleh Hideaki Tsukada, manga Fuuto Pi pula telah dikeluarkan di majalah Big Comic Spirits terbitan Shogakukan sejak tahun 2017, dan bersambung dari penamat Kamen Rider W yang berakhir pada tahun 2009. Siri ini mengisahkan seorang detektif bernama Shotaro yang bekerjasama dengan lelaki misteri bernama Phillip. Dengan menggunakan kekuatan masing-masing, kedua-dua individu tersebut bergabung untuk membentuk Kamen Rider W di mana kedua-dua fikiran mereka berkongsi satu badan. Malangnya, ia masih belum dipastikan sama ada anime ini akan mengambil jalan cerita manga atau adaptasi kepada siri aksi langsung.

Kakitangan untuk siri ini juga belum ditetapkan, tetapi ia masih dijangka untuk keluar pada tahun 2022. Apabila ia dilancarkan, adakah anda semua akan menonton? Apa pendapat anda tentang Fuuto Pi setakat ini? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Kamen Rider, sila tekan pautan ini.

RelatedPosts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

Sumber – Twitter@Kamen Rider Official

Tags: animekamen riderKamen Rider WmangaToeiTokusatsu
Previous Post

Kemaskini, skin dan banyak lagi dalam Battle Pass Apex Legends: Emergence

Next Post

Trailer baru Genshin Impact memperkenalkan watak 5★ Yoimiya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Trailer baru Genshin Impact memperkenalkan watak 5★ Yoimiya!

Trailer baru Genshin Impact memperkenalkan watak 5★ Yoimiya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd