Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Edens Zero sah akan keluar pada April 2021, bersama trailer rasmi pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 14, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Edens Zero sah akan keluar pada April 2021, bersama trailer rasmi pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime Edens Zero telah mengesahkan tarikh pelancaran dengan debut trailer pertamanya! Selepas meraih sambutan yang positif, ramai yang tertanya-tanya jika manga terbaru Edens Zero oleh Hiro Mashima akan mendapat adaptasi anime sendiri. Saya datang dengan berita baik, di mana ia telah diumumkan bahawa anime Edens Zero akan keluar pada bulan April tahun ini!

Adaptasi anime Edens Zero kini disahkan akan membuat debut pada 10 April di Jepun, dan bersama berita besar ini, peminat juga dapat melihat trailer pertama untuk siri ini. Walaupun tidak banyak yang didedahkan, saya ingin melihat bagaimana Edens Zero memisahkan dirinya dari Fairy Tail. Di bawah adalah trailer rasmi:

https://www.youtube.com/watch?v=E0YwpcvVdMI

Diarahkan oleh Shinji Ishihara, yang juga bertugas sebagai pengarah untuk anime Fairy Tail, anime Edens Zero akan dihasilkan oleh J.C. Staff. Mitsutaka Hirota (Rent-A-Girlfriend) akan menulis skrip untuk siri ini, dan Yurika Sako (Shokugeki no Soma: The Third Plate) akan berperanan sebagai pereka watak. Di bawah adalah senarai pelakon suara yang disahkan:

  • Takuma Terashima – Shiki Granbell
  • Mikako Komatsu – Rebecca Bluegarden
  • Rie Kugimiya – Happy

 

1 of 3
- +

Berikut adalah sinopsis:

Di sebuah taman hiburan terbengkalai bernama Granbell Kingdom, Shiki telah menghabiskan seluruh hidupnya bersama mesin. Tetapi suatu hari, Rebecca dan rakan kucingnya Happy muncul di pintu depan taman. Ini adalah kali pertama manusia datang ke Granbell selepas seratus tahun! Ketika Shiki mengenalkan diri, ini memberi peluang kepada mesin-mesin untuk memberontak. Selepas Granbell Kingdom menjadi terlalu berbahaya, Shiki terpaksa menyertai Rebecca dan Happy di kapal angkasa mereka dan melarikan diri ke angkasa lepas.

Manga ini juga menginspirasikan permainan action-RPG untuk konsol, dan RPG top-down untuk peranti mudah alih. Konami akan bertanggungjawab untuk mengembangkan permainan-permainan ini. Untuk baca segala liputan kami tentang Edens Zero, sila tekan pautan ini.

Tags: animeEdens ZeroHiro MashimaShiki
Previous Post

CD Projekt meminta maaf sekali lagi untuk Cyberpunk 2077

Next Post

Peminat Naruto minta isi petisyen untuk siri prekuel Hokage ke-4, Namikaze Minato!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Peminat Naruto minta isi petisyen untuk siri prekuel Hokage ke-4, Namikaze Minato!

Peminat Naruto minta isi petisyen untuk siri prekuel Hokage ke-4, Namikaze Minato!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd