Selepas lebih lima tahun berehat, Asta dan skuad Black Bulls akhirnya kembali. Black Clover Season 2 sudah pun mula ditayangkan sejak 3 Oktober 2026, menyambung semula jalan cerita yang tergantung sejak episod 170. Walau bagaimanapun, timbul khabar angin yang mendakwa siri anime ini mungkin tamat lebih awal daripada yang dijangka.
Menurut pembocor maklumat anime terkenal, Sugoi LITE, musim kedua dikatakan hanya ada 26 episod yang dibahagikan kepada dua bahagian. Lebih mengejutkan, laporan itu mendakwa bahagian kedua akan membawa arc terakhir dengan tajuk “The Final Season”. Ini bermaksud rancangan untuk Season 3 mungkin dibatalkan supaya mereka boleh tamatkan terus jalan cerita manga dalam 26 episod sahaja.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pihak Studio Pierrot atau Shueisha masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang had 26 episod ini ataupun penamatan anime tersebut. Setakat ini, saluran rasmi cuma mengesahkan tarikh tayangan pada bulan Oktober dan senarai pasukan produksi. Namun, disebabkan maklumat daripada Sugoi LITE sebelum ini selalu tepat, khabar angin ini masih membuatkan peminat risau.
Manga ciptaan Yūki Tabata ini sudah pun tamat pada Bab 392 bersama satu bab tambahan, jadi pihak studio masih ada baki 123 bab untuk dijadikan anime. Kalau dakwaan ini betul, memasukkan 123 bab ke dalam 26 episod bermakna setiap episod terpaksa memuatkan hampir lima bab. Rentak ini lebih laju berbanding kebiasaan anime shonen yang selalunya cuma mengambil sekitar dua hingga tiga bab setiap episod. Hal ini membuatkan penonton risau sekiranya ada babak penting atau dialog yang terpaksa dipotong.
Buat masa ini, kami masih perlu menunggu jadual siaran rasmi daripada pihak produksi untuk tahu sama ada siri ini betul-betul akan tamat pada tahun 2027 atau ada rancangan lain.




![[Eksklusif] Mengibarkan Bendera Malaysia Di Singapura, Dhanesh Wigneswaran Kongsi Cerita Berlumba untuk Volkswagen & Melatih Generasi Baru Sim Racer](https://cdn.gamersantai.com/2026/10/GRAN-TURISMO_Dhanesh-Wigneswaran_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post