Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Eksklusif] Mengibarkan Bendera Malaysia Di Singapura, Dhanesh Wigneswaran Kongsi Cerita Berlumba untuk Volkswagen & Melatih Generasi Baru Sim Racer

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 6, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Eksklusif, Esports, Kejohanan esports, Temuramah
0 0
0
[Eksklusif] Mengibarkan Bendera Malaysia Di Singapura, Dhanesh Wigneswaran Kongsi Cerita Berlumba untuk Volkswagen & Melatih Generasi Baru Sim Racer
Share on FacebookShare on Twitter

Gran Turismo World Series ialah pentas dunia di mana para sim racer membuktikan bakat masing-masing. Di Round 3 Singapura, barisan pemandu baharu telah mengisi starting grid, termasuk anak jati Malaysia iaitu Dhanesh Wigneswaran yang menjadi finalis Manufacturers Series untuk Volkswagen.

Namun peranannya bukan sahaja di atas litar kerana beliau turut mempunyai sebuah studio sim racing di tanah air untuk membimbing bakat-bakat muda.

Kami sempat menemu bual beliau secara eksklusif di acara tersebut untuk mengetahui kisahnya mewakili Malaysia, tugas hariannya sebagai jurulatih, serta apa yang disasarkannya selepas ini.

Mewakili Malaysia di Pentas World Series

Bila ditanya tentang perasaannya mewakili negara, Dhanesh berkata beliau gembira dapat kembali ke kejohanan ini. Bagi beliau, kehadirannya bukan sekadar untuk bertanding, tetapi membuktikan sejauh mana arena sim racing di Malaysia sudah berkembang.

“Ia menunjukkan betapa banyaknya peningkatan yang telah kita capai dalam industri sim racing secara keseluruhan. Dari sini, kita akan terus melangkah ke hadapan dan berusaha membuktikan bahawa kita mampu bersaing dengan yang terbaik di peringkat dunia.”

Officially qualified for the 2026 GTWS Manufacturers Cup with Volkswagen! Very happy to have qualified for GTWS again for the first time since 2023!

Big thank you to my teammates @MehdiHafidi59 and @joaocsp07 for all the hard work we have put in these past 3 weeks! pic.twitter.com/9HKvJhY14V

— Dhanesh Wigneswaran (ダニーさん) (@dannyracing77) February 1, 2026

Berlumba, Melatih, dan Generasi Baharu

Kerja Dhanesh sebenarnya lebih daripada memandu dan berlumba. Apabila ditanya tentang pengalamannya dan sama ada beliau melakukan ini sepenuh masa, beliau menjelaskan bahawa beliau memiliki sebuah studio sim racing di Malaysia, dan melatih pemandu lain memang sebahagian daripada tugas hariannya.

“Tugas saya memerlukan saya melatih generasi baharu sim racers, jadi secara amnya ini memang kerjaya sepenuh masa saya.”

View this post on Instagram

A post shared by DannyR Esports Studio (@dannyresportstudio)

Tugas membimbing ini juga berkait rapat dengan matlamat peribadinya. Selain mahu menjadi pelumba yang lebih hebat, beliau juga mahu membantu bakat baharu berkembang maju. Beliau juga percaya generasi muda sekarang mempunyai kelebihan untuk belajar dengan lebih cepat.

“Saya percaya generasi baharu sim racer mampu belajar dengan lebih cepat dan menjadi pelumba yang pantas dalam masa yang lebih singkat berbanding kami sewaktu mula-mula menceburi sim racing dahulu,” katanya.

Sasaran Bersama Volkswagen dan Pesanan untuk Pelumba Baharu

Di atas litar, Dhanesh mempunyai sasaran jelas untuk tahun ini: beliau mahu membantu Volkswagen menamatkan saingan dalam kelompok enam terbaik (top 6) keseluruhan bagi Manufacturers Series. Untuk jangka masa panjang pula, beliau mahu terus bersaing di peringkat dunia ini.

“Untuk jangka masa panjang, saya berharap dapat melayakkan diri ke lebih banyak World Series dalam masa terdekat.”

GTWS 2026 R3 – Singapore

Very solid drive from our VW teammate @joaocsp07 for P10 in yesterday's Manufacturer's Cup! Lets bring on the World Finals in December! Also big thank you to the Malaysian GT community for experiencing GTWS in Singapore last night! #gtws #granturismo pic.twitter.com/RODi5EoI0I

— Dhanesh Wigneswaran (ダニーさん) (@dannyracing77) October 4, 2026

Sebelum mengakhiri perbualan, kami bertanya jika beliau ada apa-apa pesanan lain. Beliau mengambil peluang ini untuk memberi kata-kata semangat kepada mereka yang bercita-cita mahu sampai ke tahap ini:

“Teruskan memberi yang terbaik dan suatu hari nanti anda juga pasti akan beraksi di World Series,” ujarnya.

Dengan membawa nama negara, menguruskan studio sendiri, dan membantu pasukannya mendaki kedudukan perlumbaan, Dhanesh Wigneswaran datang ke Singapura dengan matlamat yang bukan sahaja untuk dirinya dan Volkswagen, tetapi juga untuk masa depan generasi baharu sim racer Malaysia.

Tags: Dhanesh WigneswaranGran Turismo
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Black Clover Kembali Lepas 5 Tahun, Tapi Khabar Angin Kata Season 2 Mungkin Jadi Penamat Siri

Next Post

MSI Crosshair A16 HX MLG Edition Masuk Pasaran Malaysia – Ryzen 9, RTX 5070, Harga RM10,499

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
MSI Crosshair A16 HX MLG Edition Masuk Pasaran Malaysia – Ryzen 9, RTX 5070, Harga RM10,499

MSI Crosshair A16 HX MLG Edition Masuk Pasaran Malaysia - Ryzen 9, RTX 5070, Harga RM10,499

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd