Beberapa hari lepas, studio InnerSloth mengumumkan bahawa Among Us tidak lagi akan menyokong ‘peranti kentang’. Khususnya, Among Us tidak akan disokong di peranti telefon pintar ‘berspesifikasi rendah’ mulai 15 Mei. Perubahan ini datang kerana update baharu, yang diperlukan untuk menambah baik permainan Among Us secara keseluruhan.
Bak kata Innersloth:
“Baru-baru ini, kami telah berkongsi ‘compatibility requirement‘ Among Us untuk mendapatkan maklumat tentang spesifikasi optimum bagi menjalankan permainan. Sambil menambah baik dan menambahkan kandungan dalam Among Us, ini bermakna kami akan berhenti menyokong peranti telefon pintar tertentu disebabkan oleh limitasi perkakasan.“

Ini berita yang amat menyedihkan kerana Among Us sangat terkenal di seluruh dunia sebagai game yang tidak ‘intensif-grafik’ dan boleh dinikmati oleh semua orang tidak kira peranti. Tetapi, demi memastikan game sentiasa ‘up-to-date’ dan penuh dengan update menarik, InnerSloth terpaksa menaik taraf keperluan untuk menjalankan Among Us.
Berikut adalah spesifikasi minimum dan terkini bagi peranti Android dan iOS:
- Spesifikasi minimum Android
- OS: Android 6.0 or above
- RAM Minimum : 2.1GB RAM
- Spesifikasi minimum iOS
- iPhone: Berjalan pada iOS 13.0 atau lebih tinggi
- iPad: iPad Pro 9.7 yang berjalan pada iPadOS 13.0 atau lebih tinggi
Jika peranti anda tidak melengkapi syarat di atas, pemain digalakkan untuk ‘link’ akaun Among Us mereka dahulu sebelum 15 Mei supaya data permainan dan sebarang kosmetik yang dibeli tidak hilang atau terhapus. Ini juga memudahkan proses perpindahan akaun ke peranti baharu.

Nasib baiklah, Among Us turut tersedia di pelbagai platform selain iOS dan Android yang termasuk; PC, Nintendo Switch, PlayStation dan Xbox. Harap-harap tiada pemain yang akan terjejas oleh perubahan ini dan semoga dapat terus bermain Among Us!
Baca segala berita kami tentang Among Us di SINI.

@gamersantaimy
Discussion about this post