Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen: Kenali Kuasa Mahoraga, Shikigami Terhebat Megumi!

Maira by Maira
May 9, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Jujutsu Kaisen: Kenali Kuasa Mahoraga, Shikigami Terhebat Megumi!

Kredit imej: Akutami Gege, BizzTheGoat (coloring)

Share on FacebookShare on Twitter

Dalam manga Jujutsu Kaisen, kita telah diperkenalkan dengan jurus Ten Shadows Technique yang digunakan oleh Megumi Fushiguro. Kalau anda ingin tahu, ada satu shikigami yang begitu berkuasa yang boleh diseru dengan teknik bayang tersebut. Shikigami yang kami maksudkan ialah Mahoraga. Adakah Mahoraga ini betul-betul hebat? Jom kita lihat mengapa shikigami ini begitu susah untuk dikawal.

Sumber: Manga Plus

Amaran! Ada spoiler manga Jujutsu Kaisen!

Menurut Megumi, Mahoraga ataupun Eight-Handled Sword Divergent Sila Divine General Mahoraga merupakan shikigami yang paling berkuasa yang boleh diseru oleh pengguna Ten Shadows Technique. Tetapi sehingga sekarang tiada seorang pengguna pun yang boleh menjinakkan kuasa hebat tersebut.

Untuk seru Mahoraga juga agak rumit kerana pengguna Ten Shadows Technique perlu melakukan exorcism ritual, yang juga merupakan cara untuk melenyapkan Mahoraga pada bila-bila masa.

Rupa sebenar Shikigami tersebut telah pun didedahkan selepas Megumi menyerunya semasa Shibuya Incident Arc. Tubuhnya boleh tahan tinggi serta mempunyai empat sayap pada soket matanya. Terdapat satu roda yang terapung di atas kepalanya, di mana ia akan berpusing apabila Mahoraga bertindak balas kepada kuasa lain.

Sumber: Manga Plus

Kalau anda ingin tahu, ia memiliki kebolehan untuk adaptasikan dirinya kepada semua jenis fenomena. Kalau General itu cedera akibat serangan tertentu, roda dikepalanya akan berpusing, dan membolehkannya untuk menyesuaikan diri terhadap serangan tersebut. Jadi kalau serangan sama diberikan kepadanya, Mahoraga dengan mudah dapat menghalangnya. Kebolehan ini juga boleh digunakan kepada pihak lawan.

Selain itu, kekuatan Mahoraga juga mampu menghancurkan konkrit malah menyerang seseorang dengan satu pukulan sahaja. Kalau konkrit boleh hancur, manusia pula sudah pasti melayang dengan serangan tersebut.

Shikigami ini juga mempunyai bilah yang dilengkapi pada lengannya iaitu Sword of extermination. Bilah itu diselubungi yang tenaga positif, menjadikan ia sangat berguna untuk melawan cursed spirit. Sukuna juga rasa terancam dengan bilah ini.

Sumber: Manga Plus

Melihat kuasa hebat tersebut, tidak peliklah mengapa Sukuna mahu mengambil alih badan Megumi. Tetapi rancangannya mungkin terhalang dengan Gojo yang sudah terlepas daripada Prison Realm. Kita tunggu sahaja apa akan jadi dalam bab akan datang di Manga Plus.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Jujutsu KaisenMahoraga
ShareTweetSend
Previous Post

Among Us tidak lagi sokong ‘peranti kentang’, terpaksa ‘naik spec’ untuk tampung update!

Next Post

Patch terbaru untuk Star Wars Jedi: Survivor akan dikeluarkan minggu ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

HoYoverse Umum ‘Nodusfall’ – Tinggalkan Visual Anime Untuk Grafik Ultra Realistik
Berita

HoYoverse Umum ‘Nodusfall’ – Tinggalkan Visual Anime Untuk Grafik Ultra Realistik

August 26, 2026
RPG Open-World ‘ANANTA’ Akan Dilancarkan Pada 15 Januari 2027
Berita

RPG Open-World ‘ANANTA’ Akan Dilancarkan Pada 15 Januari 2027

August 26, 2026
Taman Tema Dragon Ball Bernilai RM28 Bilion Sedang Diusahakan Oleh Perancis & Arab Saudi
Berita

Taman Tema Dragon Ball Bernilai RM28 Bilion Sedang Diusahakan Oleh Perancis & Arab Saudi

August 25, 2026
Next Post
Patch terbaru untuk Star Wars Jedi: Survivor akan dikeluarkan minggu ini!

Patch terbaru untuk Star Wars Jedi: Survivor akan dikeluarkan minggu ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd