Terbaru, Amazon Games dan Crystal Dynamics kini bekerjasama untuk mengeluarkan ansuran terbaru Tomb Raider ke pelbagai platform di mana Crystal Dynamics akan membangunkannya manakala Amazon Games akan menerbitkan game tersebut secara global.
Ansuran Tomb Raider ini masih tidak belum diberi tajuk lagi tetapi kita telah didedahkan yang game ini bakal meneruskan kisah Lara Croft yang telah ditinggalkan di dalam siri Shadow of the Tomb Raider. Dalam game ini, pemain akan berhadapan dengan teka-teki dan musuh yang sudah pasti berbeza dengan yang sebelum ini.
Buat masa sekarang, mereka masih tidak mengumumkan sebarang maklumat tambahan mengenai game terbaru Tomb Raider, tetapi mereka telah mengesahkan yang game ini akan dibangunkan menggunakan teknologi yang ditawarkan di dalam Unreal Engine 5.
Game terbaru Tomb Raider ini telah diumumkan sejak awal tahun lalu di mana Crystal Dynamics mengesahkan yang mereka sedang berusaha untuk menyiapkan game tersebut. Namun, dengan pengumuman tersebut, Square Enix telah membuat keputusan untuk menjual Crystal Dynamics bersama IP Tomb Raider kepada Embracer Group.
Francais Tomb Raider telah berkembang pesat sejak ansurannya yang pertama pada tahun 1996. Sejak daripada itu, Tomb Raider telah memenangi banyak anugerah seperti Game of The Year bagi Tomb Raider (2013). Menerusi “Survivor Trilogy” yang terdiri daripada Tomb Raider (2013), Rise of the Tomb Raider (2015) dan Shadow of the Tomb Raider (2018), mereka telah memperoleh lebih daripada 200 pencalonan dan anugerah “Best of”.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa ansuran terbaru Tomb Raider masih lagi dibangunkan dan banyak maklumat yang masih tidak didedahkan termasuk tarikh pelancaran, platform dan banyak lagi. Apa yang kami pasti adalah Crystal Dynamics akan bekerjasama dengan Amazon Games untuk melancarkan game Tomb Raider ini ke pelbagai platform secara global.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post