Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alien Isolation akan percuma di Epic Games Store pada minggu depan!

Amir Haziq by Amir Haziq
April 16, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, Genre, PC
0 0
0
Alien Isolation akan percuma di Epic Games Store pada minggu depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat masa sekarang, tiga game baru sedang percuma di Epic Games Store iaitu; Deponia: The Complete Adventure, Ken Follet’s The Pillars of the Earth, dan The First Tree, sehingga 22 April. Namun, bukan itu sahaja. Epic Games juga mengumumkan dua lagi game pada minggu depan. Bermula 22 April, Alien Isolation dan Hand of Fate 2 akan menggantikan senarai game percuma.

Alien Isolation

Bagi anda yang tidak pernah bermain Alien Isolation, ianya adalah permainan first-person-survival-horror yang diadaptasi dari klasik sci-fi Ridley Scott dan dilancarkan pada tahun 2014. Alien Isolation mengisahkan Amanda Ripley, yang menyiasat kehilangan ibunya, Ellen Ripley ketika menaiki stesen angkasa Sevastopol.

Seperti yang diharapkan di adaptasi francais ini, pemain perlu menyelamatkan diri dari ancaman Xenomorph dengan bersembunyi dalam lubang, dan menyiasat pergerakan pemain. Permainan ini terkenal semasa dilancarkan kerana AI yang tidak dapat diramalkan, antagonis utama menakutkan, dan konsep yang tidak lari dari sumber asal.

Hand of Fate 2

Manakala Hand of Fate 2, permainan ini merupakan dungeon-crawling RPG yang mempunyai kelainan. Pengembaraan pemain ditentukan oleh sebungkus kad dipegang oleh peniaga misteri, yang mengandungi musuh serta ganjaran, hasil dari pilihan kad yang ditarik. Hand of Fate 2 mendapat banyak ulasan yang bagus semasa dilancarkan, dan pengkritik memberi pujian kerana keunikan permainan dan replayability yang dihasilkan.

Walaupun mungkin ramai yang telah mendapatkan Alien Isolation ketika ia percuma semasa promosi Free Games Christmas di Epic Games Store, kedua-duanya merupakan permainan yang menarik untuk dimasukkan dalam senarai.

Anda juga boleh mendapatkan permainan lain seperti Deponia bergenre adventure click and point yang lucu, Ken Follet’s The Pillars of Earth dari novel ikonik, dan The First Tree memfokuskan pada cerita mengenai musang mencari keluarganya. Ketiga-tiga permainan ini tersedia sekarang dan boleh didapatkan secara percuma dengan membuat akaun di Epic Games Store.

Tags: Alien IsolationEpic Game StoreEpic GamesHand of fate 2
Previous Post

Ultraman Trigger didedahkan secara rasmi! Merupakan generasi baru Tiga dalam konsep moden!

Next Post

Mode, Trek, juga pra-pesanan dibuka – F1 2021 akan datang 16 Julai ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Mode, Trek, juga pra-pesanan dibuka – F1 2021 akan datang 16 Julai ini!

Mode, Trek, juga pra-pesanan dibuka - F1 2021 akan datang 16 Julai ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd