Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alan Wake 2 Bakal Lancar Oktober Ini, Menurut Pelakon Suara!

Maira by Maira
May 22, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, PS5, Seram, Xbox Series X|S
0 0
0
Alan Wake 2 Bakal Lancar Oktober Ini, Menurut Pelakon Suara!

Kredit imej: Remedy Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara The Game Awards dua tahun yang lalu, Alan Wake 2 telah pun diumumkan oleh Remedy Entertainment. Nampaknya, game tersebut mendapat kemas kini kecil mengenai tarikh pelancarannya.

Sumber: Remedy Entertainment

Kalau anda ingin tahu, tidak banyak perkara yang didedahkan mengenai Alan Wake 2 sejak ia diumumkan. Malah gameplay juga tidak didedahkan sepenuhnya oleh pihak pembangun. Tetapi game tersebut dilaporkan telah memasuki fasa terakhir pembangunan pada April yang lalu. Bermakna ia semakin siap untuk menemui pemain tidak lama lagi dan pelakon suara Alan Wake, Matthew Porretta turut memberitahu peminat bahawa game tersebut akan hadir pada tahun ini.

Melalui sesi podcast Monsters, Madness dan Magic, pelakon suara tersebut nampaknya “terlepas cakap”, di mana dia percaya bahawa Alan Wake 2 akan dilancarkan pada bulan Oktober 2023. Ini sememangnya membuatkan peminat game tersebut teruja.

Sumber: Remedy Entertainment

Walaupun begitu, masih tiada pengumuman rasmi daripada Remedy Entertainment mengenainya. Betul atau tidak tarikh yang dinyatakan Porretta, kita kenalah tunggu pengumuman rasmi daripada pihak pembangun.

Ada kemungkinan besar kita boleh mendapatkan maklumat baharu semasa PlayStation Showcase pada minggu ini ataupun semasa Summer Game Fest nanti.

Berkenaan Alan Wake 2, game tersebut akan dikeluarkan pada PS5, Xbox Series dan PC pada tahun ini. Digambarkan sebagai game “survival-horror”, sekuel game ini nampaknya akan meninggalkan formula action-adventure untuk bertukar ke suasana yang lebih seram dan menakutkan. Melihat daripada trailer sinematik yang didedahkan dahulu, Bright Falls kelihatan lebih menyeramkan berbanding sebelum ini.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Alan Wake 2Matthew Porretta
ShareTweetSend
Previous Post

Dead by Daylight akan dapat game seram ‘single-player’, dibuat oleh studio Until Dawn

Next Post

Black Clover 359 – Noelle kembali dengan lebih kuat bersama Leviathan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Black Clover 359 – Noelle kembali dengan lebih kuat bersama Leviathan!

Black Clover 359 - Noelle kembali dengan lebih kuat bersama Leviathan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd