SCRYsoft dan Crunching Koala telah mengumumkan kolaborasi mereka untuk membawa BUTCHER versi PlayStation 4 ke PlayStation Asia Tenggara pada 13 November 2020. Permainan ini akan dilancarkan sebagai permainan digital sahaja dan tidak ada rancangan (buat masa ini) untuk keluaran fizikal.
BUTCHER adalah “fast-paced 2D shooter” yang dikembangkan oleh Transhuman Design – studio di sebalik Soldat dan King Arthur’s Gold. Sebagai cyborg yang diprogramkan untuk menghapuskan sisa-sisa terakhir umat manusia, satu-satunya tujuannya anda adalah untuk memusnahkan apa sahaja yang bergerak.
Dapatkan senjata pilihan (daripada gergaji besi, senapang patah, pelancar bom, dll) untuk bunuh segala-segala halangan di lokasi-lokasi unik seperti rumah bawah tanah, bandar-bandar pasca-apokaliptik, hutan dan banyak lagi. Jika anda merasa kreatif, ada banyak cara lain untuk menambah kesengsaraan musuh, dengan menggunakan lubang lava, gergaji … macam-macam! Sekiranya deskripsi ini menarik minat anda, BUTCHER boleh didapati di PS Store Malaysia pada harga RM44..
Fitur-fitur Penting:
- Kemusnahan tanpa kompromi dengan ciri-ciri Doom and Quake.
- Bebaskan sifat artistik dengan mengecat dinding menggunakan darah (hingga 4 juta piksel tersedia untuk dicat bagi setiap aras).
- Gunakan persekitaran (gergaji, cangkuk, lubang lava, haiwan dan lain-lain) untuk membunuh musuh dengan kejam.
- Uji refleks dan kesabaran anda. Kemahiran juga diperlukan untuk menembusi setiap aras.
- Pilih daripada pelbagai senjata (seperti gergaji besi, senapang dan pelancar bom tangan).
- Alami suasana gelap yang ditingkatkan lagi oleh soundtrack.
- Lihat musuh anda mati dalam kesakitan seperti cair di lava, menjadi makanan piranha, dihancurkan oleh pintu berat … dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post