Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akses awal Overwatch 2 bermula 4 Oktober 2022 secara PERCUMA bersama hero baharu!

safwan by safwan
June 13, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game Baru, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Akses awal Overwatch 2 bermula 4 Oktober 2022 secara PERCUMA bersama hero baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Blizzard Entertainment mengumumkan akan membuka akses awal secara percuma untuk Overwatch 2 bermula pada 4 Oktober di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC dalam acara Xbox & Bethesda Game Show.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, mereka juga telah menunjukkan trailer baharu yang menampilkan hero baharu iaitu Junker Queen. Ia merupakan hero kelas tank yang menggunakan shotgun sebagai senjata utama dan kapak besar sebagai senjata melee.

Overwatch 2 akses awal

Dalam trailer itu juga, mereka menampilkan dua ability Junker Queen yang boleh dilihat dengan jelas. Ability yang pertama adalah serangan dash bersama kapak yang dipusingkan manakala yang kedua pula, dia boleh memanggil kembali kapaknya selepas dibaling dengan menggunakan sarung tangan magnet. Berikut adalah serba sedikit mengenai Junker Queen:

Junker Queen ialah pemerintah Junkertown, sebuah tempat perlindungan di kemudahan pembuatan robotik yang telah musnah di Australian Outback. Junker Queen juga menyelia Scrapyard, arena gladiator di mana ia merupakan tempat penduduk Junkertown berjuang untuk meneruskan hidup. Di sinilah Wrecking Ball menemui tujuannya selepas melarikan diri dari Horizon Lunar Colony di bulan Bumi.

Sebelum ini, mereka telah mengumumkan Overwatch 2 buat kali pertama pada 2019 dan ujian beta yang dijalankan pada bulan April sehingga Mei 2022. Dalam ujian beta tersebut banyak perubahan yang boleh dilihat termasuk perubahan 6v6 kepada 5v5, serta penambahan mode PvE baru. Kami berpeluang untuk mencuba game ini semasa ujian beta dijalankan. korang boleh baca review kami di sini.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa akses awal Overwatch 2 akan bermula pada 4 Oktober secara percuma di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC. Blizzard turut mengeluarkan hero baharu, Junker Queen semasa akses awal nanti. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Overwatch 2, sila klik pautan ini.

Tags: Junker QueenOverwatch 2
Previous Post

Redfall mendedahkan trailer gameplay dan akan lancar pada 2023 di Xbox dan PC!

Next Post

Steam berikan 2 GAME PERCUMA! Antaranya ARK: SURVIVAL EVOLVED!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Steam berikan 2 GAME PERCUMA! Antaranya ARK: SURVIVAL EVOLVED!

Steam berikan 2 GAME PERCUMA! Antaranya ARK: SURVIVAL EVOLVED!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd