Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

AirAsia Mewarnai Langit Dengan Pesawat Unik Sonic the Hedgehog!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 17, 2024
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
AirAsia Mewarnai Langit Dengan Pesawat Unik Sonic the Hedgehog!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hari semalam, AirAsia melancarkan pengalaman serba baharu apabila mereka memperkenalkan pesawat unik bertemakan Sonic the Hedgehog di dalam penerbangan D7 170 dari Kuala Lumpur ke Bangkok. Ini menandakan gabungan hebat antara penerbangan dan gaming, membawa imej Sonic ke langit sebagai sambutan untuk livery Sonic the Hedgehog dari AirAsia X.

Kredit: Digital Braves

Penumpang disajikan dengan perjalanan yang mengujakan sebaik sahaja mereka menaiki pesawat. Kabin pesawat telah diubah ke dunia Sonic, lengkap dengan latar belakang biru yang terang, hiasan bertema Sonic, dan pengalaman eksklusif yang sesuai dengan tema watak ikonik ini. Dari pintu pelepasan hingga ke udara, para tetamu pasti akan merasai pengalaman sepenuhnya dalam dunia Sonic.

Kredit: Digital Braves

Bukan dekorasi sahaja—AirAsia turut memastikan pengalaman kulinari yang tidak kurang menariknya. Penumpang boleh menikmati Sonic’s Golden Ring Cakes, hidangan berperisa mangga dan lemon, dipadankan dengan minuman Fizzy Iced Yuzu. Kombo istimewa ini menjadi pilihan ramai, membawa gaya khas Sonic dalam setiap gigitan (kombo berharga MYR 13).

Kredit: Digital Braves

Di pintu pelepasan, para tetamu juga berpeluang mengambil gambar dengan instalasi bertemakan Sonic, merakam kenangan dari acara unik ini. Setelah menaiki pesawat, mereka menerima cenderahati khas Sonic.

Kredit: Digital Braves

Izal Azlee, Ketua Pembangunan IP di AirAsia brand co., meluahkan rasa teruja dengan kolaborasi ini:

“Kami sangat gembira untuk membawa Sonic dan rakan-rakannya ke langit. Ini adalah impian menjadi kenyataan untuk kami menonjolkan watak ikonik di dalam pesawat dan menawarkan pengalaman unik ini. Kini, bukan sahaja semua orang boleh terbang, tetapi mereka juga boleh menikmati penerbangan bersama watak kegemaran mereka di dalam penerbangan AirAsia di seluruh rantau ini.”

Shuji Utsumi, Presiden & COO, Wakil Pengarah SEGA CORP. | Kredit: Digital Braves

Livery Sonic the Hedgehog adalah sebahagian daripada kempen AirAsia yang lebih luas, ‘The Colour of Connection’, yang menggabungkan keseronokan gaming dengan pengembaraan. Dengan Sonic memimpin kolaborasi, AirAsia janji akan terus meneroka batasan baru, menawarkan pengalaman yang lebih mendalam untuk penumpang dalam setiap perjalanan.

Jika berminat, anda boleh tempah penerbangan di AirAsia MOVE.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: airasiasegasonic the hedgehog
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Smile 2 – Seram Bertambah Tapi Penceritaan Lemah

Next Post

NetEase Umum Marvel Mystic Mayhem Untuk iOS & Android!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
NetEase Umum Marvel Mystic Mayhem Untuk iOS & Android!

NetEase Umum Marvel Mystic Mayhem Untuk iOS & Android!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd