Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ahli politik Hindu meminta Shin Megami Tensei berhenti menggambarkan Tuhan mereka sebagai “Demon”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 13, 2021
in Artikel, Berita, JPRG, Nintendo Switch
0 0
0
Ahli politik Hindu meminta Shin Megami Tensei berhenti menggambarkan Tuhan mereka sebagai “Demon”
Share on FacebookShare on Twitter

Rajan Zed, seorang ahli politik India Amerika dan Presiden kepada Persatuan Universal Hinduisme telah membantah cara Tuhan Hindu digambarkan dalam siri game Shin Megami Tensei oleh Atlus.

File:Rajanzed.jpg - Wikimedia Commons

Bagi mereka yang kurang tahu, Shin Megami Tensei ialah JRPG di mana pemain merekrut dewa atau tuhan daripada pelbagai mitologi. Ini tidak terkecuali Tuhan Hindu termasuk Shiva, Vishnu, Ganesha, Hanuman dan lain-lain, yang semuanya telah muncul sebagai watak yang boleh dimainkan dalam siri ini termasuk entri terbarunya, Shin Megami Tensei V.

Video: Shin Megami Tensei V "Daily Demon" Volume 214 - NintendoSoup
Shiva – SMT V
Shin Megami Tensei V – Vishnu Demon Stats and Skills – SAMURAI GAMERS
Vishnu – SMT V
Shin Megami Tensei V – Ganesha Demon Stats and Skills – SAMURAI GAMERS
Ganesha – SMT V

Zed, secara khusus mempunyai masalah dengan cara Tuhan Hindu digambarkan sebagai “demon” yang bermaksud ‘roh jahat’ atau ‘syaitan’ manakala ‘Diety’ merujuk kepada Dewa atau Dewi.

Dia berhujah bahawa perkara ini menghina agama Hindu dan mengatakan bahawa syarikat bertanggungjawab seperti Sega Sammy Group, yang memiliki Atlus, tidak seharusnya merendahkan agama orang lain. Berikut adalah pernyataan beliau:

Menjadikan Dewa dan Dewi Hindu, yang sangat dihormati oleh para penganut, sebagai syaitan (Demon) adalah satu penghinaan.

Syarikat yang dikatakan bertanggungjawab seperti Sega Sammy Group , yang mendakwa “menurut etika masyarakat dan jangkaan awam”, tidak seharusnya dalam urusan merendahkan kepercayaan yang dipegang secara mendalam oleh “orang lain” dan mempersendakan seluruh komuniti”

Beliau tidak menentang kebebasan bersuara dan tidak mempunyai masalah dengan tema Hindu dan Tuhan digunakan dalam media arus perdana namun percaya bahawa ia mesti dilakukan dengan cara yang menghormati.

How to Beat Shiva in Shin Megami Tensei V (SMTV Superboss)

Zed ingin Pengerusi Sega Sammy, Haruki Satomi untuk memohon maaf dan mencadangkan agar pasukan di Atlus menilai semula sistem dan prosedur mereka serta menghantar kakitangan mereka untuk latihan sensitiviti agama dan budaya supaya kandungan yang tidak sesuai tidak dipamerkan pada masa hadapan. Sebelum ini, dia pernah mengkritik Shin Megami Tensei IV: Apocalypse kerana menggambarkan Krishna sebagai antagonis dalam game tersebut.

Shiva | Shin Megami Tensei V (Normal) - YouTube

Supaya pembaca tidak keliru, istilah ‘Demon atau ‘syaitan’ dalam Shin Megami Tensei merujuk kepada semua tuhan/dewa dalam permainan, malah malaikat pun digelar sebagai ‘demon’ dalam siri ini. Ini berdasarkan perkataan Yunani iaitu ‘daemon/daimon’ yang boleh diterjemahkan secara kasar kepada ‘tuhan’, ‘roh’, atau ‘kuasa ghaib’ dan tidak mempunyai maksud negatif seperti perkataan Demon yang dipetik oleh Rajan Zed.

Apa pendapat anda? Macam biadab ke tindakan Atlus? Jom kongsi pendapat di ruang komen. Shin Megami Tensei V kini tersedia untuk Nintendo Switch.

Sumber – GamerBraves

Muat turun di sini
Shin Megami Tensei V
Publisher: Sega
Release Date: 2021-11-11
Nintendo Switch
Shin Megami Tensei V adalah sebuah permainan JRPG yang dibangunkan oleh Atlus. Ia merupakan sebahagian daripada francais Shin Megami Tensei. Permainan ini dilancarkan pada November 2021 untuk Nintendo Switch
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HinduRajan ZedShin Megami Tensei V
Previous Post

miHoYo bukan lagi penerbit untuk Genshin Impact!

Next Post

Harga Final Fantasy 7 Remake PC telah didedahkan! Harga macam game PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai
Anime

Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai

July 3, 2025
Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol
Berita

Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol

July 3, 2025
My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!
Berita

My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!

July 3, 2025
Next Post
Harga Final Fantasy 7 Remake PC telah didedahkan! Harga macam game PS5!

Harga Final Fantasy 7 Remake PC telah didedahkan! Harga macam game PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd