Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Adore Review (PC) — Kumpul Raksasa dan Selamatkan Dunia!

Maira by Maira
October 13, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review
0 0
0
Adore Review (PC) — Kumpul Raksasa dan Selamatkan Dunia!

Sumber: Cadabra Games

Share on FacebookShare on Twitter

Untuk sesi review kali ini, kami telah berpeluang untuk bermain game bertajuk Adore, yang merupakan sebuah game aksi mengumpul raksasa. Ia dibangunkan oleh Cadabra Games dan diterbitkan oleh QUByte Interactive. Game ini agak menarik bagi kami kerana ia mempunyai beberapa elemen seperti Pokemon tetapi gameplay-nya jauh sekali berbeza. Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca review kami ini!

Cerita

Draknar, God of the Creatures telah mati dan sumpahan telah berleluasa serta mengawal semua creature yang tinggal di Gaterdrik. Lukha, perantis kepada Adore dan harapan terakhir Draknar kini dalam perjalanan untuk menghidupkan semula Draknar. Tetapi sepanjang perjalanannya itu, dia telah menemui pelbagai rahsia tentang dunia Gtaerdrik yang penuh misteri serta konspirasi mengenai kematian Draknar.

Sumber: Cadabra Games

Penerokaan

Walaupun penerokaannya kelihatan hampir sama seperti Pokemon, di mana pemain boleh menangkap creature dan lawan mereka, tetapi ia bukanlah game open world mahupun turn-based RPG. Ia sebenarnya game roguelite yang memerlukan anda untuk menyelesaikan quest satu per satu. Selesai sahaja quest, anda akan mengulangi benda sama untuk mendapatkan loot ataupun sumber tertentu untuk upgrade artifact, menghasilkan makanan ataupun menangkap creature rare. Semakin anda menghampiri end game, semakin terasa ulangan pada game tersebut. Kalau anda seseorang yang cepat bosan melakukan benda sama, kami syorkan untuk tidak speedrun game ini.

Sumber: Cadabra Games

Gameplay

Lukha boleh kumpul semua creature dan summon mereka untuk berlawan dalam game. Tetapi ada beberapa batasan untuk pengumpul creature ini. Antaranya, anda perlu mengumpul item yang akan membolehkan anda mengumpul mereka. Nasib baik semasa tutorial, kita diberi 2 creature untuk digunakan, kalau nak guna creature yang berbeza, kenalah mencarinya dalam level game.

Sumber: Cadabra Games

Anda boleh membawa sehingga 4 creature dalam masa yang sama. Untuk summon creature ini, ia akan menggunakan satu stamina bar. Malang sekali, Lukha hanya mempunyai dua stamina bar, jadi anda hanya boleh summon dua creature sahaja. Stamina tersebut tidak akan recharge selagi creature yang anda summon tidak kembali semula. Setiap creature juga boleh mempunyai synergy yang sama antara mereka. Setiap synergy yang dimiliki akan mengaktifkan kebolehan extra atau mengubah creature anda. Mereka juga mempunyai “special ability” apabila energy bar sudah penuh. Jadi gunakannya dengan baik untuk mendapatkan kesan yang terbaik kerana ia akan digunakan secara automatik apabila anda summon mereka.

Sumber: Cadabra Games

Bercerita tentang jenis musuh, ada musuh yang mampu “menyumpah” creature anda. Bermakna kalau summon anda itu diserang olehnya, anda tidak boleh untuk pulihkan mereka melainkan anda menggunakan divine item untuk hapuskan sumpahan itu. Kalau tidak summon anda akan kekal dengan 1hp sepanjang game.

Kedua-dua Lukha dan creature ini mempunyai health bar dan restoration item yang agak susah untuk didapatkan pada awal game. Jadi lebih baik anda elak sahaja serangan daripada musuh. Lukha juga boleh teleport melalui beberapa peta yang ditemui. Jadi memang senang untuk anda meneroka peta sambil mencari jalan-jalan lain dalam dungeon.

Kedudukan watak juga memainkan peranan dalam game. Kalau musuh berada di sebelah kanan tetapi anda pula menghadap sebelah kiri, creature yang anda summon akan lari ke arah kiri dahulu sebelum pergi ke arah musuh. Ini akan menyebabkan kelewatan aksi dan Lukha mungkin menerima sedikit damage daripada musuh.

Sumber: Cadabra Games

Upgrade watak

Lukha boleh menghasilkan makanan dengan menggunakan bahan-bahan yang dikumpul melalui dungeon. Makanan ini boleh memulihkan health serta meningkatkan critical rate, kelajuan pergerakan, damage serangan dan banyak lagi. Diri Lukha juga boleh mendapat upgrade menggunakan rune dan artifact yang dijumpai dalam dungeon ataupun kedai. Dengan ini, dia boleh mendapat buff pada stat dan kebolehan pasif seperti meningkatkan charge rate pada serangan khas creature, meningkatkan health dan lain-lain. Creature juga boleh dinaikkan level melalui combat ataupun skill point dengan hanya berada dalam parti semasa Lukha mengaktifkan statue khas.

Sumber: Cadabra Games

Visual & Muzik

Daripada segi visual, Adore menggunakan seni 3D. Persekitaran game mempunyai gabungan estetika semula jadi dan ajaib, tetapi terdapat tekstur yang banyak serta hampir semua dungeon kelihatan sama. Terdapat lebih daripada 40 creature yang ada dalam game tetapi beberapa creature kelihatan hampir serupa.

Bercerita tentang muziknya pula Adore menyajikan muzik yang tenang dimainkan oleh gitar akustik dan piano. Ianya sangat sesuai dengan persekitarannya yang senyap. Tidaklah kita berjalan dalam kesunyian.

Sumber: Cadabra Games

Kesimpulan

Adore mempunyai pertempuran pantas, penyesuaian pasukan yang mendalam dan muzik yang sangat bagus. Walaupun game ini memerlukan pemain untuk banyak grind sumber, tetapi ia masih memberikan pengalaman bermain yang baik. Kalau anda ingin alami sebuah game menangkap raksasa yang baharu, bolehlah cuba game ini!

Adore kini tersedia di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

The Review

Adore

7 Score

PROS

  • Dungeon yang menyeronokkan
  • Customization pasukan yang mendalam

CONS

  • Item loot yang berulang
  • Latar belakang dungeon yang berulang dan tiada variasi

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: ADORE
ShareTweetSend
Previous Post

COVER Corporation umum Pameran 3D “hololive Indonesia 3rd Generation” – Jadual lengkap!

Next Post

Aksi RPG Soulslike ‘Enotria: The Last Song’ Akan Datang Tahun 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Aksi RPG Soulslike ‘Enotria: The Last Song’ Akan Datang Tahun 2024!

Aksi RPG Soulslike 'Enotria: The Last Song' Akan Datang Tahun 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd