Acer hari ini melancarkan model pertama dalam barisan produk Acer Swift Go, satu tambahan kepada senarai produk notebook Swift. Ia direka untuk profesional mudah alih, pencipta kandungan dan pelajar. Acer Swift X 14 dan Acer Swift 14 dilancarkan dengan reka bentuk moden baru, teknologi prestasi terbaru dan kelengkapan untuk pengguna kekal produktif dan berhubung.
Berikut adalah senarai penuh:
Acer Swift Go
Swift Go 16 (SFG16-71) dan Swift Go 14 (SFG14-71) baharu ini menggabungkan teknologi tercanggih dan mempunyai paparan OLED degan refresh rate sehingga 120Hz. Laptop yang ringan dan nipis ini hadir dengan paparan yang menghasilkan imej seakan dunia sebenar, dengan kecerahan puncak 500-nit, julat warna 100% DCI-P3 dan pengiktirafan VESA DisplayHDR True Black 500.
Swift Go 14 membawakan paparan 2.8K OLED 14 inci dengan resolusi 2880×1800, manakala Swift Go 16 mempunyai paparan OLED 3.2K OLED 16 inci dengan resolusi 3200×2000. Aktiviti kerja, pembelajaran dan permainan yang lama menjadi lebih mudah dengan pensijilan paparan TÜV Rheinland Eyesafe®, nisbah 16:10 yang mengoptimumkan produktiviti dan keupayaan sentuhan-pilihan.
Papan kekunci berlampu dan pad sentuh OceanGlass™ memastikan pengalaman yang lancar dan produktif semasa menatal.
Dikuasakan oleh pemproses Generasi ke-13 Intel® Core™ H-series dan disahkan sebagai laptop platform Intel® Evo™, Swift Go 16 dan Swift Go 14 baharu memberikan prestasi terbaik dan ketahanan bateri sepanjang hari melebihi 9.5 jam. Pemproses Generasi ke-13 Intel Core dengan Intel® Movidius™ VPU mempunyai jentera AI khusus yang membolehkan kolaborasi video premium, AI tanpa kompromi dan integrasi yang lancar.
Laptop juga disertakan dengan Intel® Unison™ untuk membolehkan pengguna menyambungkan PC mereka dengan mudah dengan peranti Android atau iOS untuk pengalaman universal.
Kedua-dua laptop menampilkan sistem dwi-kipas TwinAir yang dinaik taraf, paip haba tembaga dwi D6 dan papan kekunci dengan inlet udara yang mengeluarkan haba bagi mengekalkan suhu sejuk, meningkatkan prestasi dan kebolehpercayaan di mana-mana sahaja.
Reka bentuk casis aluminium 14.9 mm dioptimumkan dengan 90% nisbah screen-to-body dan bezel sisi ultra nipis. Model 14 inci hadir dengan bezel 4.15 mm yang nipis, manakala beratnya hanya kurang daripada 1.3 kg. Bingkai sisi versi 16 inci berukuran 4.2 mm dan berat sekitar 1.6 kg.
Kedua-duanya menampilkan pelbagai port termasuk USB Type-C dengan Thunderbolt™ 4, HDMI 2.1 dan pembaca kad MicroSD. Laptop Swift Go juga mempunyai ciri persidangan video PurifiedView™ termasuk Pengaburan Latar, Pembingkaian Automatik dan Sentuhan Mata.
Webcam 1440p dengan Pengurangan Bunyi Temporal (TNR) menyediakan maklum balas video berkualiti tinggi walaupun dalam keadaan cahaya malap dan dipadankan dengan teknologi Acer PurifiedVoice™ dengan pengurangan ‘noise’ AI, sekali gus menghasilkan imej dan audio yang jelas dan jelas untuk persidangan dan kelas.
Wi-Fi 6E yang pantas dan boleh dipercayai memastikan laptop sentiasa disambungkan, terutama pada detik-detik penting. Kedua-dua Swift Go 16 dan Swift Go 14 menyokong SSD PCIe Gen 4 sehingga 2 TB dan memori LPDDR5 sehingga 16 GB.
Acer Swift X 14
Acer Swift X 14 (SFX14-71) menyerlahkan potensi pengguna amatur dan profesional dengan CPU canggih dan GPU yang senyap. Daya pemproses Generasi ke-13Intel® Core™ H-series memberikan kuasa kepada laptop premium dan mempunyai pilihan naik taraf kepada GPU NVIDIA GeForce RTX 4050.
Laptop berkuasa tinggi ini menerima penarafan NVIDIA Studio dan dioptimumkan dengan Pemacu NVIDIA Studio ‘pre-installed’, membolehkan pencipta kandungan melakukan lebih banyak tugasan menerusi sokongan optimum apabila berkolaborasi dengan aplikasi-aplikasi kreatif lain.
Termal canggih Swift X 14 termasuklah kipas lebih besar yang menarik lebih banyak udara bagi memastikan bahagian dalaman sentiasa sejuk. Selain itu, ia mempunyai papan kekunci dengan inlet udara dan dwi-paip haba kulprum D6. Chasis yang direka semula itu memberi ruang kepada bateri yang lebih besar bagi produktiviti dan prestasi sepanjang hari.
Paparan 2.8K OLED 14 inci yang menakjubkan dengan refresh rate 120 Hz menyerlahkan julat warna 100% DCI-P3 dan mempunyai penarafan VESA DisplayHDR™ TrueBlack 500. Kecerahan puncak 500 nit dan kadar kontras tinggi membawakan warna yang mengagumkan dan imej seakan dunia sebenar, pada masa yang sama memastikan teks jelas sepanjang tontonan.
Pencipta kandungan boleh berkolaborasi secara ‘on-the-go’ dengan Webcam QHD 1400p dan Acer PurifiedView™ serta PurifiedVoice™ dengan Pengurangan Bunyi AI. Sebagai tambahan, port-port terkini seperti dwi USB Type-C dan HDMI 2.1, dan pembaca kad MicroSD memastikan pencipta kandungan disambungkan ke paparan, pencetak dan peranti lain.
Acer Swift 14
Dengan rekaan serba baharu dan dinaik taraf Swift 14 (SF14-71T) menyerlahkan chasis ‘unibody’ ringan dan nipis yang diperbuat daripada CNC dan dan dilitup oleh aluminium gred aeroangkasa yang didatangkan dengan warna Mist Green atau Steam Blue. Bahagian tepi potongan berlian dan bahan anod berganda meningkatkan chasis yang tipis dan berkualiti tinggi itu. Ia berukuran 14.95 mm (0.59 inci) nipis dan berat hanya 1.2 kg (2.64 lbs).
Pad sentuh OceanGlass melengkapkan gaya premium laptop itu dan pada masa yang sama menyumbangkan kepada misi Earthion Acer, memandangkan pad sentuh seakan gelas itu diperbuat daripada sisa plastik yang menuju ke laut.
Komputer riba Swift 14 kelihatan anggun di dalam dan luar kerana ia memuatkan pemproses Generasi ke-13 Intel Core H-series dan disahkan Intel Evo, sambil menawarkan hayat bateri lebih daripada 9.5 jam. Notebook ini disepadukan dengan Intel Unison yang membolehkan pengguna bekerjasama merentasi sistem pengendalian yang berbeza untuk fungsi produktiviti yang paling penting.
Solusi haba Swift 14 menampilkan reka bentuk inlet udara yang berpasangan dengan sistem dwi-kipas TwinAir Acer dan paip haba tembaga D6 untuk meningkatkan aliran udara yang memastikan sistem sentiasa sejuk.
Acer Swift 14 menawarkan dua pilihan paparan skrin sentuh 14 inci yang cantik – sama ada WQXGA (2560×1600) atau WUXGA (1920×1200). Kedua-duanya dilindungi dengan Antimikrobial Corning® Gorilla® Glass untuk meningkatkan ketahanan, menghalang daripada calar dan menghalang pertumbuhan bakteria penyebab kekotoran dan bau.
Pekerja hibrid, ‘remote’ dan pelajar ‘on-the-go’ akan menikmati persidangan, kelas dan panggilan video dengan webcam QHD 1440p Swift 14 dengan teknologi TNR, Acer PurifiedVoice™ dan dwi pembesar suara yang dipertingkatkan dengan DTS® Audio.
Log masuk pengguna menjadi lebih mudah tanpa mengorbankan aspek keselamatan dengan Windows Hello dan pengimbas cap jari bersepadu, manakala dua port USB Type-C Thunderbolt™ 4 dan port HDMI 2.1 menyediakan sambungan yang mudah kepada peranti ‘peripheral’.
Acer tidak mengumumkan dengan tepat bila produk-produk di atas akan dilancarkan di Malaysia, tetapi saya akan mengemas kini artikel ini apabila menerima info lanjut.
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Acer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post