Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Swift Edge Diperkenalkan! Dapatkan Laptop Ultraringan Bermula Harga RM5,299!

Maira by Maira
October 7, 2022
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Produk, Teknologi
0 0
0
Acer Swift Edge Diperkenalkan! Dapatkan Laptop Ultraringan Bermula Harga RM5,299!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer hari ini memperkenalkan Acer Swift Edge (SFA16-41), laptop OLED 16-inci yang paling ringan3 di dunia. Direka untuk memaksimumkan produktiviti dan kehendak kreativiti yang diperlukan tenaga kerja hibrid hari ini, laptop 16-inci itu dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen 6000 selain pemproses keselamatan, Microsoft Pluton, bagi melindungi pengguna daripada serangan siber yang semakin canggih. Acer Swift Edge juga hadir dengan paparan 4K OLED yang menyokong gamut warna 100% DCI-P3 dan kecerahan 500 nits untuk visual yang bertaraf panggung wayang.

Acer Swift Edge telah menerima anugerah Red Dot 2022 dan anugerah 2022 Good Design untuk rekaannya yang unik.

Rekaan yang Menawan, Berani dan Ultraringan

Laptop ringan 16 inci itu menawarkan rekaan yang ringkas tetapi menawan. Dengan hanya seberat 1.17 kg (2.58 lbs) dan ketinggian berukuran 12.95 mm (0.51 inci), Acer Swift Edge mempunyai chasis magnesium-aluminum (Mg-Al alloy) yang nipis, menjadikannya lebih mudah alih dan tahan lasak. Konsep rekaan laptop itu memaparkan perincian struktural selari yang tepat, hujung yang tajam dan estetika ringkas yang mewarisi gaya dan rasa premium siri-siri Swift sebelum ini. Digandingkan dengan paparan yang mengasyikkan, rekaan engsel yang baik, dan potongan tajam bahagian depan, Acer Swift Edge merupakan pilihan yang terbaik untuk golongan professional yang perlu bekerja di mana sahaja.

Ciri-Ciri Keselamatan dan Prestasi yang Canggih

Ditunjangi pemproses AMD Ryzen™6000 Series, Acer Swift Edge dilengkapkan untuk menyokong prestasi yang diperlukan oleh pengguna dan perniagaan mudah alih. Pengguna juga akan menikmati kelajuan pemprosesan dan tindak balas lancar laptop itu yang meningkatkan produktiviti dan kerjasama, dengan adanya 8 core “Zen 3+” berprestasi tinggi yang dibina dengan teknologi prosesan 6 nm yang cukup canggih.

Ia menawarkan pemproses keselamatan Microsoft Pluton tahap 2 yang direka oleh Microsoft bagi memperkasakan PC Windows 11 baharu, dengan perlindungan tambahan untuk aset-aset sensitif seperti maklumat dan kunci enkripsi. Bagi memudahkan lagi pengguna, pengesahan biometrik tambahan dan slot Noble Wedge Lock menyediakan lapisan sekuriti tambahan untuk melindungi data pengguna dan syarikat.

Paparan Penuh Sensasi dan Ketersambungan

Acer Swift Edge tampil dengan paparan 4K OLED (3840×2400) dengan sokongan gamut warna 100% DCIP3 bertaraf panggung wayang, kecerahan 500 nits, dan kurang 0.2 milisaat masa tindak balas, sekali gus menyediakan julat warna seperti kehidupan sebenar dan kejelasan imej yang halus. Laptop 16-inci itu turut tampil dengan bezel nipis dengan ratio 92% skrin-ke-badan dan mempunyai VESA DisplayHDR™ True Black 500 serta sijil paparan TÜV Rheinland Eyesafe® untuk pengalaman tontonan yang lebih lama dan selesa. Acer Swift Edge serba baharu itu turut menyokong keperluan ketersambungan masa depan.

Ia menawarkan Wi-Fi 6E4 untuk sambungan tanpa wayar berkelajuan tinggi dan perkongsian fail, serta pengalaman penstriman lancar dalam format 4K. Kamera depan FHD menggunakan teknologi Acer’s Temporal Noise Reduction untuk membolehkan pengimejan bermutu tinggi walaupun dalam pencahayaan yang kurang baik.

Ia turut menawarkan port-port utama yang banyak seperti HDMI 2.1, dua port USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan keupayaan pengecasan cepat, dua port USB Type-A, dan satu audio jack, sekali gus membawa produktiviti mudah alih ke tahap yang baru.

Ketersediaan di Malaysia

Acer Swift Edge (SFA16-41) hadir dengan dua varian yang mana AMD Ryzen 7 6800U dipasangkan dengan 1TB Gen4 NVMe SSD dan 16GB onboard LPDDR5 yang sangat pantas; manakala varian AMD Ryzen 5 6600U menggandingkan 512GB Gen4 NVMe SSD dan 8GB on-board LPDDR5. Hadir dengan Microsoft Office Home & Student 2021 dan jaminan dua tahun dengan Jaminan Pengembara Antarabangsa tahun pertama, harga runcit Acer Swift Edge dengan AMD Ryzen 7 dan AMD Ryzen 5 masing-masing pada RM6,299 dan RM5,299. Kedua-dua varian boleh didapati di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada bermula 8 Oktober 2022.

Bersempena dengan ketibaan Laptop OLED 16 inci paling ringan di dunia di Malaysia, 25 unit pertama Acer Swift Edge yang dibeli turut disertakan dengan tetikus Logitech MX Anywhere 3 bernilai RM431.

Anda boleh lawati Facebook Acer Malaysia untuk mendapatkan kemas kini terbaru tentang produk mereka. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai produk Acer daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerAcer Swift EdgeLaptop
Previous Post

“Cara-cara untuk pitching game anda kepada penerbit” – Vlad daripada Neon Doctrine [Level Up KL 22]

Next Post

Coffee Talk memenangi Grand Jury Award untuk SEA Game Awards 2022, 2 tahun berturut-turut! [Level Up KL]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
Coffee Talk memenangi Grand Jury Award untuk SEA Game Awards 2022, 2 tahun berturut-turut! [Level Up KL]

Coffee Talk memenangi Grand Jury Award untuk SEA Game Awards 2022, 2 tahun berturut-turut! [Level Up KL]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd