Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia umum Predator Triton 14, laptop gaming besar tapi nipis – harga bermula RM7,599!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 4, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Promosi, Teknologi
0 0
0
Acer Malaysia umum Predator Triton 14, laptop gaming besar tapi nipis – harga bermula RM7,599!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Predator Triton 14, laptop berkuasa besar dan nipis direka untuk kerja dan gaming, di pasaran Malaysia. Dijual pada harga bermula RM7,599, anda boleh dapatkan laptop ini sekarang di kedai Acer rasmi atau pengedar sah.

Kredit: Acer Malaysia

Predator Triton 14 datang dengan reka bentuk yang bersahaja dan sederhana sambil menawarkan teknologi dan prestasi terkini dalam casis setebal 18.9mm. Dengan berat 1.7kg, Predator Trion 14 dilengkapi cip pemproses generasi ke-13 Intel Core i7- 1370H dan pilihan GeForce RTX 4070 dan RTX 4050 GPU komputer riba dari NVIDIA.

Ia juga menyokong sehingga RAM LPDDR5 32GB di kecepatan 6000MHz dengan SSD PCIe NVMe Gen4 1TB untuk tindak balas luar biasa walau untuk tugas yang paling mencabar.

Kredit: Acer Malaysia

Dibentuk untuk para gamer dan pencipta kreatif, paparan IPS 14 inci WQXGA (2560 x 1600) dipadankan dengan 100% ruang warna DCI-P3 dan menyokong kadar segar semula 165Hz. Untuk memastikan prestasi yang berterusan dalam beban, rekaan khas Teknologi Kipas AeroBlade 3D Generasi ke-5, pengoptimuman saliran udara Vortex Flow, dan gris haba cecair logam atas CPU membolehkan penyejukan yang paling berkesan dan cekap.

Kredit: Acer Malaysia
Kredit: Acer Malaysia

Selain itu, Predator Triton 14 dilengkapi dengan Intel Killer Wi-Fi 6E AX 1675i terkini untuk kecepatan yang tidak terhalang, dan pilihan palam yang lengkap termasuk pembaca kad MicroSD untuk pemindahan foto dan video.

Tersedia segera di eStore Acer dan kedai-kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada, harga Predator Triton 14 bermula dari RM7,599.

Pelanggan yang membeli Predator Triton 14 sebelum tarikh 16 Julai 2023 dari eStore Acer dan Kedai Konsep Acer terpilih boleh mendapat monitor Nitro VG270 E berharga RM549 dan lesen Antivirus Trend Micro selama setahun berharga RM150 dengan percuma.

Kredit: Acer Malaysia

Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini, sila layari Facebook Predator Malaysia.


Anda juga boleh membaca segala berita kami tentang produk Predator di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acer malaysiaLaptopPredator Triton 14
ShareTweetSend
Previous Post

Palit GeForce RTX 4060 Dual: Kajian prestasi gaming, berbaloi atau tidak?

Next Post

Kemunculan Wizard King lama dalam Black Clover: Swords of the Wizard King

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Kemunculan Wizard King lama dalam Black Clover: Swords of the Wizard King

Kemunculan Wizard King lama dalam Black Clover: Swords of the Wizard King

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd