Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia tekah mengumumkan keluaran Ace Angler: Fishing Spirits untuk platform Nintendo Switch. Seiring dengan pengumuman ini, mereka juga telah mengeluarkan trailer pelancaran yang anda boleh tonton di bawah:
Berlatarkan sebuah taman hiburan bertemakan akuarium, Fishing Spirits adalah sekuel kepada game Ace Angler pertama yang dikeluarkan pada 2019 dan berjaya menjual lebih daripada 800,00 salinan di seluruh dunia. Antara mode yang ditawarkan termasuk:
- Ace Angler+
- Dalam attraction ini, mainkan permainan arked Ace Angler dari keselesaan rumah sendiri. Kumpul medal dan gunakannya untuk melawat lebih banyak lautan dan bertemu lebih banyak makhluk laut!
- “Story Mode: Legend of the Poisoned Seas”
- Selamatkan laut toksik dengan memancing dalam pengembaraan besar ini untuk mencipta lautan yang lebih mampan! Selesaikan misi pendek sambil mempelajari fakta menarik tentang laut dan hidupan marin sebenar yang muncul dalam Ace Angler.
- Online Ultimate Angler Championship
- Sertai kejohanan memancing dengan/sehingga empat rakan dalam talian! Mengumpul “victory star” akan meningkatkan Angler Level anda, jadi asah kemahiran memancing dan sasarkan ranking tertinggi!
- Fishing Mini-Game
- Attraction yang penuh dengan permainan kompetitif di mana anda boleh bertarung dengan keluarga dan rakan-rakan! Menentang orang lain dari level yang berbeza dalam “Master Challenge” dan dapatkan ganjaran!
- Lihat Semua makhluk Ace Angler di akuarium sendiri
- Akuarium kita, yang boleh diluaskan dengan medal, menampilkan lebih daripada 250 spesies. Pengunjung boleh menggunakan kamera in-game untuk menyemak maklumat tentang ikan tersebut.
Selain itu, Fishing Spirits membolehkan pemain memindahkan save data mereka daripada game sebelum, Ace Angler versi Nintendo Switch. Selesai sahaja itu, pemain dapat meneruskan progress mereka dari medal mode lama dan serta merta menerima 100 medal sebagai ganjaran.
Sekali lagi saya ingatkan, Ace Angler: Fishing Spirits kini tersedia di Nintendo Switch! Untuk membaca segala liputan kami tentang game tersebut, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post