Dengan pelancaran expansion terbaru Magic the Gathering (MTG), Outlaws of Thunder Junction, kami telah dijemput ke acara khas media untuk mencuba dahulu kad baharu tersebut! Kalau anda ingin tahu, Outlaws of Thunder Junction merupakan expansion baharu MTG yang berdasarkan Wild West di mana rompakan, orang kaya dan kuasa merupakan perhatian untuk trope itu.
Berlaku di Omenpath Arc, Planeswalker Oko telah mengumpul villain paling dikehendaki di Multiverse iaitu Tinybones, Vraska, Rakdos dan Annie Flash untuk rompakan terhebat di Thunder Junction di mana terdapatnya peti besi purba yang tersembunyi.
Acara media ini telah berlangsung di steakhouse dengan pelbagai hiasan serta pameran kad untuk expansion baru itu. Sebelum acara bermula, sepinggan steak yang menyelerakan telah disajikan malah kami juga dapat melihat beberapa kad cantik yang dipamerkan.
Keistimewaan set
Kad expansion MTG yang ke-100 ini betul-betul menyampaikan mesej mengenai fantasi Wild West melalui kad-kad baharu mereka. Kad yang menjadi fokus adalah kad “Most Wanted” di krew Multiverse outlaw Oko termasuklah penjahat lain yang ditayangkan melalui kad yang kelihatan seperti kertas vintage.
Kad lain yang menjadi highlight kepada expansion ini adalah kad “Breaking News”, cetakan semula mantera lama yang digayakan supaya kelihatan seperti rencana akhbar daripada Propesrity Post. Kad ini hanya sah dalam format set Limited dan beberapa format lain yang sah dan ia boleh didapati dalam foil bertekstur.
Reka bentuk gaya vintaj dan suasana Wild West adalah satu-satunya perkara yang menyerlahkan set expansion ini kerana terdapat juga The Big Score – subset khas 30 mythic rare dengan simbol set, kod dan bingkai terendiri (pada kad terpilih dan juga boleh dipaparkan dalam frame vault), dan semuanya adalah sah dalam Standard. Contoh kad daripada The Big Score ialah Hostile Investigator, yang kami ada tunjukkan dalam preview kad kami.
Ancient Vault
Acara ini dimulakan dengan Kenneth Ong, Pengurus Jenama Serantau di Wizards of the Coast Singapore, yang memberi pembentangan tentang Outlaws of Thunder Junction, mendedahkan barisan produk dan apa yang istimewa tentang expansion ini. Outlaws of Thunder Junction akan tersedia dalam Play Boosters, Collector Boosters, Commander Decks dan Bundles, dan terdapat banyak lagi kejutan yang ada padanya termasuklah beberapa kad cool.
Untuk membuat kami lebih teruja, kami dapat bermain satu game. Semua orang telah ditugaskan kepada salah seorang anak kapal Oko, dan kami akan role-play sebagai mereka semasa menjawab kuiz sebagai skuad. Kami telah role-play sebagai Tinybones yang comel. Selepas menjawab, kami diberikan “kunci” untuk membuka vault. Terkejut juga melihat dua kad gergasi “Oko, the Ringleader” dan “Tinybones, the Pickpocket”. Bukan setakat itu sahaja, terdapat Collector Booster untuk semua orang!
Setelah mendapat pek masing-masing, kami dapat mencubanya untuk berlawan antara satu sama lain. Mekanik baharu set agak menarik dan membuatkan kami perah otak untuk menggunakan strategi baru dengan pantas.
Dengan expasion Outlaws of Thunder Junction, gameplay MTG memberikan pengalaman baru buat pemainnya walaupun sudah hampir 30 tahun game itu dilancarkan. Bukan sahaja kadnya cantik belaka untuk dikumpul, kad unik seperti “Most Wanted” dan “Breaking News” juga menarik.
Kami berterima kasih kepada Wizards of the Coast atas jemputan ini serta memberikan kami mencuba expansion ini. Outlaws of Thunder Junction akan tersedia pada 19 April 2024. Boleh singgah ke kedai kad berhampiran untuk mendapatkannya. Untuk mendapatkan segala berita mengenai MTG daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post