Electronic Arts dan juga Hazelight Studio dah keluarkan trailer terakhir untuk pelancaran game baru diaorang, A Way Out minggu ni.
A Way Out merupakan game co-op-sahaja. Memang korang tak boleh main sorang. Korang kene ada kawan yang main sekali dengan korang. Kalau main sorang, memang tak lepas la cerita dia kan. Pemain akan bermain sebagai Vincent dan Leo. Dua sekawan dalam penjara yang cuba untuk memboloskan diri dari penjara. Pemain akan selesaikan teka-teki, selesaikan mini-games, bercakap, menembak, membawa kereta, bergaduh dan berlari untuk mengawal bahaya luar dalam dalam penjara.
A Way Out keluar untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC Hari Ini!
Nah aku bagi trailer.
@gamersantaimy
Discussion about this post