Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ini senarai Game Hebat yang akan keluar pada tahun 2022! Semua game gempak belaka!

Maira by Maira
December 28, 2021 - Updated on March 30, 2022
in Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, Panduan, PC, Platform, PS4, PS5, Senarai, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
senarai game 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Kita akan masuk tahun baru tidak lama lagi! Sudah semestinya banyak game terbaru akan dilancarkan. Kalau anda ingin tahu, tahun 2022 ada banyak game hebat yang ramai tidak sabar-sabar untuk mainkan. Ingin tahu game apa yang menarik tahun depan? Jom lihat senarai game yang akan dilancarkan tahun 2022!

Elden Ring

Elden Ring akan dilancarkan pada 25 Februari 2022. Game ini dibangunkan oleh FromSoftware bersama pencipta Dark Souls, Hidetaka Miyazaka dan penulis Game of Thrones, George R.R. Martin. Elden Ring merupakan game open world yang penuh dengan sejarah berdarah dengan reka bentuk raksasa unik, sihir yang pelbagai. Anda boleh tunggang kuda juga. Anda boleh baca review kami mengenai beta Elden Ring di sini.

Horizon Forbidden West

Game ini merupakan sekuel kepada Horizon Zero Dawn yang telah dilancarkan pada tahun 2017. Ia akan dilancarkan pada 18 Februari 2022 di konsol PS4 dan PS5. Dalam sekuel ini, anda akan disajikan dengan pengembaraan terbaru Aloy di sebuah dunia yang telah dipertingkatkan, robot-robot baru serta mekamik hebat yang anda boleh dapatkan melalui konsol next-gen PlayStation.

God of War: Ragnarok

Sekuel kepada God of War yang telah dilancarkan pada 2018. Anda akan mengikuti kisah kedua bapa dan anak ini mengembara di sebuah dunia baru seperti Vanaheim, Svartalfheim dan Asgard serta bertemu dengan watak baru seperti Odin dan Angrboda. Ragnarok akan menjadi bahagian terakhir dalam saga Norse untuk francais God of War.

Stray

Di dunia cyberpunk dipenuhi dengan robot, anda akan bermain sebagai seekor kucing. Disebabkan tubuh kucing tersebut yang kecil, anda dengan mudah dapat menelinap ke pelbagai tempat serta menjejaki kawasan yang susah. Anda perlu menyelesaikan tugas anda untuk membongkar misteri untuk melepaskan diri dari bandar terpinggir tersebut dengan bantuan drone kecil yang dikenali sebagai B12. Stray akan dilancarkan ke PS5, PS4 dan PC.

Ghostwire: Tokyo

Apabila ramai orang mula hilang dari bandar Tokyo yang diterangi dengan lampu neon, sudah semestinya sesuatu yang tidak kena. Dari studio, Tango Gameworks yang menghasilkan The Evil Within, anda akan melihat banyak raksasa mengerikan yang berdasarkan legenda dan lore Jepun. Bukan setakat itu sahaja ia juga dipenuhi dengan entiti paranormal, konspirasi dan macam-macam lagi! Masih ada tarikh pelancaran rasmi tetapi ia akan dilancarkan ke PS5 dan PC.

Pokemon Legends: Arceus

Salah satu entri terbaru untuk francais Pokemon! Ia akan dilancarkan pada bulan depan iaitu 28 Januari 2022. Ini merupakan game open world pertama untuk francais ini dan bertempat di Sinnoh pada zaman dahulu. Seperti game pokemon yang lain, game ini hanya tersedia di konsol Nintendo Switch.

Sifu

Jika anda minat Kung Fu, ini mungkin salah satu fighting game yang anda perlu cuba. Sifu akan dilancarkan pada 8 Februari 2022 di PS4, PS5 dan PC. Game ini dibangunkan oleh Sloclap yang juga membangunkan game Absolver. Anda akan bermain sebagai anak muda yang berlatih Kung-Fu yang ingin membalas dendam terhadap pembunuh yang telah membunuh seluruh keluarganya. Game ini mempunyai mekanik unik dimana anda akan menjadi bertambah tua. Apabila anda melakukan kesilapan, anda boleh gunakan nyawa anda untuk mulakan permainan semula. Jika anda terlalu tua juga, anda akan restart semula permainan.

Forspoken

Dibangunkan oleh Luminous Production yang pernah terlibat dalam Final Fantasy 15, Forspoken merupakan game debut mereka. Ia akan dilancarkan pada 24 Mei 2022 di PS5 dan PC. Ia juga akan dikeluarkan ke konsol lain. Anda akan mengikuti kisah Frey, seorang perempuan muda dari New York yang terdampar di sebuah dunia yang dipanggil Athia. Dengan kuasa magic, kebolehan parkour dan pelbagai makhluk aneh, Forspoken akan memberikan anda satu pengembaraan dan cerita yang hebat.

A Plague Tale: Requiem

Game ini merupakan sekuel daripada game A Plague Tale:Innocence yang telah dilancarkan pada 2019. Anda akan mengikuti Amicia dan adik lelakinya, hugo yang sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri mereka dan kekal hidup dalam dunia yang kejam itu. Tikus dalam dunia itu masih lagi masalah tetapi ada masalah yang lebih besar daripada tikus-tikus tersebut.

Dying Light 2

Sebuah game zombi terbaru yang akan dilancarkan pada 4 Februari 2022. Ia merupakan sebuah game sekuel untuk mengembangkan lagi dunia zombi tersebut. Dengan naratif yang pelbagai, pertempuran yang hebat dan visual yang dipertingkatkan, Dying Light 2 mungkin game yang anda boleh harapkan dan bersedialah untuk melawan semua zombi-zombi yang anda jumpa!

Saints Row

Saints Row merupakan game reboot untuk siri ini. Ia akan dilancarkan pada 23 Ogos 2022 di PS5, PS4, Xbox Series X, Xbox One dan PC. Anda akan membina Sains dari awal dan bermain sebagai Boss kepada kumpulan kecil sebagai permulaan. Setiap pilihan yang anda lakukan akan mempengaruhi kumpulan anda dan akan meninggalkan kesan di bandar fiksyen, Santo Ileso dengan memilih jenayah yang anda ingin lakukan.


Dahsyatkan senarai game 2022 yang akan keluar tahun depan. Tidak sabar untuk main kesemua game di atas. Game mana yang anda tunggu dan teruja untuk main. Boleh kongsikan kepada kami! Kami juga ada sediakan senarai anime gempak untuk tahun 2022! Boleh tengok anime apa yang best tahun depan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: A Plague Tale: Requiemdying light 2Elden RingForspokenGhostwire : TokyoGod of War: RagnarokHorizon Forbidden WestPokemon Legends: ArceusSaints RowSenarai game 2022SifuStrayThe Legend of Zelda: Breath of the Wild 2
Previous Post

Hideo Kojima terlibat dalam dua projek terbaru pada tahun depan!

Next Post

[Khabar angin] Ghost of Tsushima PC akan tiba di Steam pada Februari 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Khabar angin] Ghost of Tsushima PC akan tiba di Steam pada Februari 2022!

[Khabar angin] Ghost of Tsushima PC akan tiba di Steam pada Februari 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd