Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer rasmi Tiger & Bunny 2 dilepaskan! Akan datang ke Netflix April 2022!

Maira by Maira
December 24, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Trailer rasmi Tiger & Bunny 2 dilepaskan! Akan datang ke Netflix April 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Tiger & Bunny 2 baru sahaja diumumkan untuk tayangan di Netflix pada November yang lalu. Baru-baru ini, laman web rasmi anime tersebut telah mendedahkan bahawa anime tersebut akan ditayangkan pada 8 April 2022 bersama trailer rasmi. Berikut adalah trailer rasmi untuk anime ini bersama lagu tema bertajuk “kaleido proud fiesta” oleh UNISON SQUARE GARDEN.

Anime ini akan menayangkan 13 episod pertama sekaligus di Netflix pada 8 April 2022. Selain daripada itu, sebuah acara sempena anime itu iaitu “Tiger & Bunny 2 Precious EVE” akan berlangsung pada 12 Mac 2022 di Makuhari Messe Event Hall di Tokyo, Jepun.

Jika anda ingin tahu, anime ini akan mempunyai 25 episod secara keseluruhannya dan akan menampilkan penceritaan yang berbeza dari filem Tiger & Bunny The Movie: The Rising. Kesemua pelakon suara akan kembali untuk watak masing-masing. Atsuko Kase akan mengarah anime baru ini di Bandai Namco Pictures. Masafumi Nishida akan kembali untuk menguruskan komposisi siri tersebut manakala Masakazu Katsura akan menghasilkan reka bentuk watak.

Tiger Bunny 2

Siri anime Tiger & Bunny menceritakan tentang wira untuk diupah – makhluk berkuasa super yang dikenali sebagai NEXT yang memakai logo penaja sambil memerangi jenayah secara langsung di televisyen. Untuk maklumat lanjut mengenai Tiger & Bunny 2 dan anime lain di Netflix, anda boleh melayari pautan ini.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Sumber: ANN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixTiger & Bunny 2
Previous Post

Peralatan Unifi yang rosak akibat banjir boleh diganti secara PERCUMA oleh TM

Next Post

“Ultraman Chronicle D” diumumkan, mungkin menampilkan Ultraman Dyna versi moden!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
“Ultraman Chronicle D” diumumkan, mungkin menampilkan Ultraman Dyna versi moden!

"Ultraman Chronicle D" diumumkan, mungkin menampilkan Ultraman Dyna versi moden!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd