Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MtG Kamigawa menampilkan visual Ukiyo-e cantik untuk expansion baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 17, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Kad Strategi
0 0
0
MtG Kamigawa menampilkan visual Ukiyo-e cantik untuk expansion baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Set Kamigawa: Neon Dynasty baru untuk permainan kad Magic: The Gathering ( MtG) ingin menunjukkan pengaruh Jepunnya, dan sempena itu, telah mendedahkan “land card” kad menarik ini, yang direka dalam gaya seni tradisional Ukiyo-e. Terima kasih kepada rakan-rakan di Wizards of the Coast, kami telah mendapat preview istimewa untuk salah satu Blue Land Card yang anda boleh lihat di bawah.

MTG Kamigawa Land Ukiyo-E

Kad MtG Kamigawa ini dibuat oleh artis-artis dari Amayagi-do, dengan tumpuan pakar khusus pada gaya seni tradisional Jepun. Selalunya, Blue Land Card digambarkan sebagai pulau di sekitar laut, tetapi kali ini, ia memaparkan air terjun yang cantik, berlatar belakang hutan yang nyaman.

Anda boleh mendapatkan Land Card Ukiyo-e ini di kedua-dua versi “foil dan bukan foil” – tetapi harus diperhatikan, ia jauh lebih rare daripada Land Card basic. Untuk setiap 3 basic Land Card yang diperolehi, anda hanya akan mendapat satu kad Ukiyo-e ini, tanpa jaminan ia adalah varian “foil.”

Bagi mereka yang kurang faham, Land Card merupakan kad binaan asas untuk dek MtG anda. Segala-galanya daripada creature kepada spell memerlukan mana untuk dimainkan, dan itu pula datang dari Land Card seperti ini.

Dalam MtG, setiap warna mempunyai gaya permainan tersendiri, di mana dek Blue memfokuskan pada gaya yang lebih licik. Ini termasuk Draw Card sehingga ke Counterspell, jadi mempunyai Blue Card dalam dek anda akan membuatkan musuh lebih berhati-hati.

Untuk segala liputan kami tentang Magic The Gathering (MTG), sila tekan pautan ini.

Tags: Kamigawa: Neon DynastyMagic: The GatheringMTGUkiyo-e
Previous Post

Ubisoft Toronto rasmi memulakan pembikinan untuk Splinter Cell Remake!

Next Post

Semua game percuma anda boleh main hujung minggu ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Semua game percuma anda boleh main hujung minggu ini!

Semua game percuma anda boleh main hujung minggu ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd