Selepas menamatkan bahagian pertama pada hari semalam, hari ini Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan tiga pemenang untuk kategori Grand Awards di PlayStation Partner Awards 2021 yang jatuh kepada Genshin Impact, Resident Evil Village, dan eFootball PES 2021 Season Update.

Grand Awards memberi penghormatan kepada tiga game dari Jepun dan Asia dengan penjualan terbaik di seluruh dunia bermula Oktober 2020 hingga September 2021. Harus diperhatikan bahawa penjualan yang dikira bukan sahaja termasuk unit fizikal dan digital, malah termasuk kandungan tambahan dan DLC, untuk mengukur pendapatan keseluruhan setiap game.
Sony juga tidak menyatakan sama ada anugerah itu diberi dalam susunan tertentu, jadi kita tidak begitu pasti siapa di tempat pertama.
Berikut adalah video rasmi untuk menghargai barisan pemenang:
Genshin Impact
Resident Evil Village
eFootball PES 2021 Season Update
Pada hari semalam, senarai pemenang “Partner Awards” juga diumumkan dan memberi penghargaan kepada game oleh developer Jepun dan Asia yang telah mendapat perhatian khusus dari Oktober 2020 hingga September 2021 serta mendapat kedudukan tinggi dalam jualan (termasuk fizikal, digital dan DLC) di seluruh dunia. Berikut adalah senarai pemenang:

- Tales of Arise
- Final Fantasy VII Remake Intergrade
- Final Fantasy XIV
- Mobile Suit Gundam Battle Operation 2
- NieR Replicant ver.1.22474487139…
Senarai pemenang untuk “Special Awards” juga diumumkan dan adalah seperti berikut:

- Apex Legends sebagai game yang dibangunkan oleh developer luar negara yang mencapai jualan tertinggi di Jepun dan Asia dalam tempoh masa di atas.
- Sakuna: Rice and Ruin sebagai game indie dari Jepun atau Asia yang mencapai jualan tertinggi di seluruh dunia.
- Devil May Cry 5: Special Edition sebagai game dari Jepun atau Asia yang memperoleh pendapatan sangat bagus semasa tempoh pelancaran PS5.
Apa pendapat anda? Adakah korang setuju dengan senarai pemenang PlayStation Partner Awards 2021? Untuk segala liputan kami tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post