Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bukan anak atau klon Kakashi, bio ringkas tentang Taketori Hoki dari Boruto

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 15, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Panduan
0 0
0
Bukan anak atau klon Kakashi, bio ringkas tentang Taketori Hoki dari Boruto
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa episod baru-baru ini, seorang watak bernama Taketori Hoki kini sedang menerima banyak tumpuan dalam anime Boruto kerana mempunyai penampilan yang lebih kurang sama seperti Hatake Kakashi. Ini menjadi perbincangan hangat sehingga ramai bertanya “Adakah Hoki anak atau klon kepada Kakashi? Jawapannya adalah tidak.

Pasukan 25: Hoki di tengah

Diperkenalkan dalam episod pertama anime Boruto, Taketori Hōki merupakan seorang shinobi dari Pasukan 25 yang baru sahaja naik pangkat kepada chūnin. Selain itu, dia juga menyertai pasukan Anbu milik Konoha. Itu antara info paling basic tapi izinkan saya menjelaskan dengan lebih mendalam.

Penampilan

Kakashi Hatake Bukanlah Ayah Houki Taketori di Boruto

Sekilas pandang, kita boleh nampak Hōki mempunyai rambut berwarna coklat dan mata berwarna ungu. Tetapi kenapa dia memakai penutup mulut dan pelindung dahi seperti bekas Hokage ke-6? Rupanya, Hoki terlalu mengagumi Kakashi, dan ingin mengikuti jejaknya. Sebagai penghormatan, Hoki memilih untuk memakai penutup mulut dan pelindung dahi di mata kirinya. Ia juga berfungsi untuk mengurangkan beban di matanya kerana sejenis kebolehan istimewa (akan dijelaskan di bawah).

Abiliti & Ninjutsu

Walaupun usia masih muda, Hōki amat cemerlang dalam misi pengumpulan maklumat, dan sering diberikan misi tahap Anbu. Kelebihannya adalah dia mempunyai memori yang sangat cekap dan mampu mengingati setiap butiran untuk apa-apa sahaja yang dilihat. Ini menjadi antara sebab mengapa dia menyarung pelindung dahi di sebelah mata kiri untuk mengurangkan beban.

Image

Selain itu, Hōki mempunyai kemahiran dalam fūinjutsu, yang boleh melumpuhkan/menyekat pergerakan objek, makhluk hidup, chakra, dan lain-lain. Di bawah pengajaran Yamanaka Sai, Hōki telah diajar taktik Anbu termasuk kaedah untuk menentang teknik yang mengacau minda. Dia juga mempunyai kepakaran tinggi dalam jutsu Earth Style, dan mampu mengubah rupa bentuk bumi di sekeliling menjadi labirin untuk menyerang dan mengganggu persepsi musuh.

Boruto episode 223

Apa yang membuatkannya viral?

Boruto Episode 223: Underdog Days - Anime Corner

Dalam story arc terkini, Hōki adalah salah seorang finalis dalam peperiksaan Chunin, di mana dia perlu melawan Yamanaka Inojin (anak kepada Sai) dalam pertarungan satu lawan satu. Hōki dengan cepat dapat mengawal rentak pertempuran dengan mengubah persekitaran menjadi sebuah labirin, lantas mengelirukan Inojin.

Kemudian, Inojin memperdaya Hōki dan berjaya menggunakan Shintenshin no Jutsu (Mind Body Switch Technique). Walau bagaimanapun, ajaran Anbu oleh Sai telah melatih Hoki untuk menahan serangan sedemikian, lalu membenarkan dia untuk akhirnya mengalahkan Inojin. Berikutan itu, Hōki secara rasmi dinaikkan pangkat ke Chunin bersama Izuno Wasabi, Kaminarimon Denki, dan Uchiha Sarada.

Hoki jarang diberikan tumpuan dalam siri Boruto, dan sebenarnya belum muncul lagi dalam versi manga, jadi dia serta-merta menjadi buah mulut, lagi-lagi apabila penampilannya sama seperti Kakashi. Bukan itu sahaja, kita akhirnya dapat melihat sekuat mana shinobi itu semasa melawan anak mentornya dan ternyata latar belakang Hoki dalam skuad Anbu bukanlah satu kebetulan kerana kebolehan matanya. Ini menjadi antara sebab mengapa ninja tersebut menjadi viral sejak kebelakangan ini.

Satu lagi perkara misteri adalah asal-usulnya. Menurut Narutopedia, puak Taketori mungkin berasal dari luar Konoha dan buat masa ini, tidak banyak yang diketahui tentang mereka. Namun, puak ini nampaknya mempunyai hubungan rapat dengan puak Hyūga seperti yang ditunjukkan di Naruto Shippūden episod 390 semasa Hanabi dan bapanya Hiashi menghadiri mesyuarat dengan puak Taketori.


Houki Taketori! Shinobi Pemakai Topeng yang Menarik Perhatian. Siapa Dia  Sebenarnya? - Kwikku

Itu sahaja info yang didedahkan buat masa ini. Hakikatnya, Taketori Hoki bukanlah anak atau klon Kakashi – tetapi masih dianggap sebagai shinobi yang hebat di Konoha, lagi-lagi kerana dapat pangkat Chunin dan layak masuk sebagai ahli Anbu. Apa pendapat anda tentang dia? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang siri Boruto, sila tekan pautan ini.

Sumber – Narutopedia

Tags: animeBorutokakashinarutoTaketori Hoki
Previous Post

Senarai game terbaik di Steam untuk tahun 2021, eFootball 2022 di tempat terakhir!

Next Post

Temu ramah eksklusif: Project Kavvaii bersama Rudy Khaw dan Izal Azlee – Bagaimana AirAsia terlibat dalam dunia Vtube!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Temu ramah eksklusif: Project Kavvaii bersama Rudy Khaw dan Izal Azlee – Bagaimana AirAsia terlibat dalam dunia Vtube!

Temu ramah eksklusif: Project Kavvaii bersama Rudy Khaw dan Izal Azlee - Bagaimana AirAsia terlibat dalam dunia Vtube!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd