Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai game terbaik di Steam untuk tahun 2021, eFootball 2022 di tempat terakhir!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 15, 2021
in Artikel, Berita, Panduan, PC, Senarai, Steam
0 0
0
Senarai game terbaik di Steam untuk tahun 2021, eFootball 2022 di tempat terakhir!
Share on FacebookShare on Twitter

Selain daripada anugerah, game paling hebat pada tahun ini pun boleh ditentukan oleh tingkah laku para gamer. Jika anda ingin tahu game apa yang paling terbaik dan paling digemari di platform Steam, pangkalan data SteamDB telah mengeluarkan senarai komprehensif untuk tahun 2021 di mana hasilnya mungkin akan mengejutkan anda.

Bagi mereka yang tidak tahu, setiap tahun SteamDB akan menyusun senarai game terbaik yang ditentukan mengikut algoritma tertentu. Keputusan awal terdiri daripada 250 game (tanpa login), yang kemudian boleh disusun mengikut pelbagai kategori. Tetapi dari segi populariti sahaja, 10 game terbaik adalah seperti berikut:

  1. Totally Accurate Battle Simulator
  2. Dyson Sphere Program
  3. Rhythm Doctor
  4. Firework
  5. Cookie Clicker
  6. The Room 4: Old Sins
  7. PowerWash Simulator
  8. Townscaper
  9. Tiny Bunny
  10. Before Your Eyes

Top Steam releases of 2021 as decided by our rating algorithm:
1. Totally Accurate Battle Simulator
2. Dyson Sphere Program
3. Rhythm Doctor
4. Firework
5. Cookie Clicker
6. The Room 4
7. PowerWash Simulator
8. Townscaper
9. Tiny Bunny
10. Before Your Eyeshttps://t.co/iZaqXY0pSu pic.twitter.com/jpxJbDgNU8

— SteamDB (@SteamDB) December 14, 2021

Seperti yang awak lihat di atas, senarai ini tidak merangkumi apa-apa game yang memenangi anugerah-anugerah besar. It Takes Two, yang baru-baru ini memenangi Game of the Year, pun hanya berada di tempat ke-19.

Algoritma penilaian SteamDB ditentukan oleh beberapa faktor, termasuk jumlah total ulasan positif, jumlah total ulasan negatif, peratusan faktor untuk kedua-duanya dan jumlah pemain yang bermain serentak dalam sesebuah game. Dengan menapis mengikut setiap kategori, anda mungkin akan melihat beberapa contoh yang lebih unik.

Bagi mengetahui data penuh, pengguna perlu log masuk ke SteamDB untuk melihat kedudukan #251 dan ke atas. Antara contoh yang menduduki bahagian bawah senarai adalah: Battlefield 2042 di tempat ke-10,234 dan eFootball yang menduduki tempat terakhir sebagai game ke-10,351 paling dinilai teruk pada tahun ini.

Honorable mentions:

10234. Battlefield™ 2042
10351. eFootball™ 2022 (the very last game on the list)

— SteamDB (@SteamDB) December 14, 2021

Kedua-dua game ini mempunyai tempoh launching yang sukar di mana Battlefield 2042, sebuah first-person shooter yang diterbitkan oleh EA, amat terkenal dengan bug bermasalah dan secara meluas dianggap “tidak siap” oleh pemain. Sementara itu, eFootball 2022 oleh Konami dilancarkan dengan isu sambungan yang developer sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk betulkan.

Apa pendapat anda? Adakah game di atas layak masuk senarai Steam untuk “yang terbaik pada tahun 2021?” Bagi sesiapa yang ingin melihat data penuh, sila tekan pautan ini dan jangan lupa untuk log masuk ke akaun SteamDB anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Game terbaikPCSenaraisteamSteamDB
Previous Post

Hotel di Jepun meletakkan Gachapon sempena Tahun Baru! Suite mewah ditawarkan sebagai hadiah utama!

Next Post

Bukan anak atau klon Kakashi, bio ringkas tentang Taketori Hoki dari Boruto

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Hatsune Miku Bawa MIKU EXPO 2025 Ke Malaysia Buat Pertama Kali Dalam Asia Tour
Acara

Hatsune Miku Bawa MIKU EXPO 2025 Ke Malaysia Buat Pertama Kali Dalam Asia Tour

July 15, 2025
Aksi RPG “EDENS ZERO” Rasmi Keluar Hari Ini – Berdasarkan Karya Kosmik Hiro Mashima!
Berita

Aksi RPG “EDENS ZERO” Rasmi Keluar Hari Ini – Berdasarkan Karya Kosmik Hiro Mashima!

July 15, 2025
Gearbox Berminat Dengan Konsep “Borderlands Dating Sim,” Terbuka Kepada Idea
Berita

Gearbox Berminat Dengan Konsep “Borderlands Dating Sim,” Terbuka Kepada Idea

July 15, 2025
Next Post
Bukan anak atau klon Kakashi, bio ringkas tentang Taketori Hoki dari Boruto

Bukan anak atau klon Kakashi, bio ringkas tentang Taketori Hoki dari Boruto

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd