Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cuba Immortals Fenyx Rising secara percuma di PC bermula esok hingga Isnin!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 25, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Game Percuma, PC
0 0
0
Cuba Immortals Fenyx Rising secara percuma di PC bermula esok hingga Isnin!
Share on FacebookShare on Twitter

Immortals Fenyx Rising adalah game action-adventure di mana kita bertarung dengan makhluk unik dari mitologi Yunani, bersama kisah komedi yang memaparkan dewa-dewa Olimpik dalam nada parodi. Jika belum mencuba Immortals Fenyx Rising, anda boleh bermain game ini secara percuma di PC (eksklusif melalui Ubisoft Connect) bermula esok!

Dari 26 November pukul 10:00 PM hingga 29 November di 10:00 PM, anda dapat meneroka Golden Isle dengan bebas, menggunakan kebolehan tahap mistik, dan menemui rahsia-rahsia tersembunyi di bilik kebal jauh di dalam Tartarus. Untuk mengakses sesi “Free Weekend” ini, anda hanya perlu:

  • Pergi ke pautan https://free.ubisoft.com/
  • Pilih Immortals Fenyx Rising: Access to Free Week-end.
  • Pilih Ubisoft Connect PC.
  • Log masuk ke akaun Ubisoft yang anda ingin mainkan.

Game itu kemudian akan ditambahkan ke bahagian Free dalam game library anda di Ubisoft Connect PC.

Pengguna Ubisoft Connect boleh pre-load game ini bermula sekarang, dan jika anda mahu terus bermain setelah tempoh percuma tamat, Immortals Fenyx Rising akan dijual secara diskaun sehingga 2 Disember. Anda boleh meneruskan kemajuan dari sesi percuma untuk edisi Standard atau Gold, yang dijual dengan potongan harga 60%, serta dapatkan Season Pass atau episod DLC – A New God, Myths of the Eastern Realm dan The Lost Gods – dengan potongan 50%.

Saya pernah buat ulasan sebelum ini dan berikut adalah antara pendapat saya:

Immortals Fenyx Rising amat mudah untuk disukai. Ia mempunyai daya tarikan tertentu, rasa humor yang hebat, dan dunia penuh dengan warna dan kehidupan. Teka-teki mungkin terasa membosankan kerana elemen repetitif tetapi gambaran Ubisoft pada mitos Yunani, watak dan perwatakan yang ditulis dengan baik, dan misi utama yang menyeronokkan berjaya mengalihkan perhatian saya pada kekurangannya.

Immortals Fenyx Rising kini tersedia pada PC, PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan Nintendo Switch. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Immortals Fenyx RisingPCPercuma
Previous Post

Myburgerlab minta maaf atas kesulitan tempahan Dine-in Hoyo Fest

Next Post

DRAGON BALL: The Breakers mencari pemain untuk Ujian Beta Tertutup permainan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
DRAGON BALL: The Breakers mencari pemain untuk Ujian Beta Tertutup permainan!

DRAGON BALL: The Breakers mencari pemain untuk Ujian Beta Tertutup permainan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd