Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Super Robot Wars 30 menambah mecha dari Ultraman & Iron-Blooded Orphans!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Real time strategy
0 0
0
Super Robot Wars 30 menambah mecha dari Ultraman & Iron-Blooded Orphans!
Share on FacebookShare on Twitter

Super Robot Wars 30 bakal dilancarkan pada 28 Oktober 2021, tetapi Bandai Namco mempunyai satu pengumuman terakhir untuk seluruh dunia. Dalam acara siaran langsung, treler penuh terakhir untuk Super Robot Wars 30 didedahkan, bersama dengan pratonton untuk pek DLC 2 yang menambah unit dan watak daripada Ultraman, Gundam Iron-Blooded Orphans dan siri Super Robot Wars Original Generation (OG) pada akhir tahun ini.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pek DLC 2 akan menampilkan sembilan “playable unit” tambahan, termasuk dua daripada Super Robot Wars OG dan 13 Area Mission. Jadual DLC 2 untuk Super Robot Wars 30 ditetapkan untuk keluar pada Disember 2021, dan merangkumi watak Ultraman, Iron-Blooded Orphans dan siri SRW OG berikut:

  • Mobile Suit Gundam: Iron-Blooded Orphans – Gundam Barbatos Lupus Rex (Mikazuki Augus), Gundam Gusion Rebake Full City (Akihiro Altland), Gundam Flauros (Norba Shino), dan Gundam Bael (McGillis Fareed)
  • Ultraman (2019 anime) – Ultraman, Seven, dan Ace
  • Super Robot Wars: Original Generation – Alteisen Riese (Kyosuke Nanbu) dan Rein Weissritter (Excellen Browning)

Kedua-dua pek DLC 1 dan DLC 2 akan dibuka secara automatik untuk pemain yang membeli season pass.

Selain DLC 2, Bandai Namco juga mendedahkan treler utama ke-3 untuk SRW 30. Ia menunjukkan lebih banyak mecha dan unit yang akan muncul dalam permainan, seperti L-Gaim Mk-II, Fire J-Decker, Victory 2 Gundam, Buster Gridman , dan Unicorn Gundam 03 Phenex.

Super Robot Wars terkenal sebagai siri permainan dengan jumlah crossover yang banyak dari genre mecha. Mereka telah memasukkan watak-watak dari seluruh genre mecha, termasuk Neon Genesis Evangelion dan Gurren Lagann. Walaupun beberapa francais saling diganti tetapi siri popular seperti Gundam sentiasa muncul dalam setiap permainan, lantas memberikan peluang kepada peminat untuk melihat mecha kegemaran mereka berinteraksi dengan mecha dari francais lain.

Super Robot Wars 30 akan dilancarkan pada 28 Oktober 2021 dan akan tersedia untuk Nintendo Switch, PS4 dan PC. Pek DLC 1 akan dilancarkan pada November 2021 dan pek DLC 2 akan dilancarkan pada Disember 2021. Untuk segala liputan kami tentang Super Robot Wars 30 termasuk temu ramah eksklusif kami bersama dev, sila tekan pautan ini.

Tags: Bandai NamcoDLCIron-Blooded OrphansSuper Robot Wars 30Ultraman
Previous Post

Netflix mendedahkan teaser trailer DOTA: Dragon’s Blood musim kedua!

Next Post

Cuba demo percuma Blue Reflection: Second Light sekarang di PS4 & Switch!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Cuba demo percuma Blue Reflection: Second Light sekarang di PS4 & Switch!

Cuba demo percuma Blue Reflection: Second Light sekarang di PS4 & Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd