ADATA Technology hari ini mengumumkan ADATA DDR5-4800 dan XPG LANCER DDR5, modul memori generasi akan datang yang mampu mencapai frekuensi hingga 5200MT/s untuk platform 12th Gen Intel akan datang. Oleh kerana modul memori DDR5 ini akan tersedia pada hujung Oktober, ADATA telah melakukan ujian bersama jenama motherboard AORUS, ASROCK, ASUS, GIGABYTE, MSI, dan ROG untuk memastikan keserasian maksimum dan prestasi optimum.

ADATA DDR5-4800

Berbanding dengan modul memori generasi sebelum, DDR5 meningkatkan prestasi keseluruhan PC dengan membenarkan lebih banyak lebar jalur diperuntukkan ke setiap teras CPU. Ia mempunyai “built-in Power Management Integrated Circuit” (PMIC) yang meningkatkan kecekapan tenaga secara keseluruhan, dan membolehkan frekuensi yang lebih tinggi hingga 4800MT/s pada kasar kuasa yang lebih rendah.
Modul memori ADATA DDR5-4800 diperbuat dari cip berkualiti tinggi yang telah menjalani ujian dan mematuhi standard JEDEC dan RoHS untuk kualiti dan kebolehpercayaan yang terbaik. Ia juga dilengkapi dengan teknologi Error Correcting Code (ECC) untuk penghantaran data berketepatan tinggi.
XPG LANCER & LANCER RGB DDR5
Dibuat dengan bahan IC dan PCB berkualiti tinggi, XPG LANCER RGB DDR5 menyokong Intel XMP 3.0 terbaru untuk peningkatan prestasi yang mudah dengan frekuensi hingga 5200MT/s pada latensi CL38 CAS.
Ciri Power Management IC (PMIC) pula membolehkan frekuensi tinggi dicapai dengan keperluan kuasa yang lebih rendah daripada generasi DDR4 generasi, sambil meningkatkan kestabilan pada penyampaian kuasa supaya anda dapat menikmati pengalaman penuh DDR5. Selain prestasi, ia juga dilengkapi dengan Error Correcting Code (ECC) yang membantu memperbaiki kesilapan secara automatik dalam masa nyata, yang memberikan peningkatan kestabilan dan kebolehpercayaan untuk sistem.

Pengguna juga dapat mengubah suai kesan pencahayaan RGB pada XPG LANCER RGB DDR5 melalui perisian kawalan RGB dari semua jenama motherboard utama, dan dapat memilih dari pelbagai kesan tersedia atau menyegerakkan lampu dengan lagu kegemaran mereka melalui Music Mode.
Harga & Ketersediaan
ADATA DDR5-4800 akan tersedia pada hujung Oktober ini dalam varian single stick hingga kapasiti 32GB dan varian dual kit hingga kapasiti 64GB. Varian SO-DIMM akan tersedia pada hujung tahun ini untuk memenuhi keperluan pengguna komputer riba.
Bagi XPG LANCER DDR5, ia akan tersedia pada bulan November ini dalam varian dual kit.
Berikut adalah spesifikasi rasmi menurut ADATA:
[wpdatatable id=43]@gamersantaimy
Discussion about this post