Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball: Adakah Vegeta seorang bapa yang lagi bagus dari Goku?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 20, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Dragon Ball: Adakah Vegeta seorang bapa yang lagi bagus dari Goku?
Share on FacebookShare on Twitter

Soal “bapa yang bagus” telah lama menjadi topik perbalahan dalam dunia Dragon Ball di mana siri ini mempunyai beberapa isu berkontroversi tentang cara-cara watak utama membesarkan anak mereka. Suspek utama sudah tentu adalah Goku, tetapi dia bukan lah topik kita untuk artikel ini. Hari ini, kita akan membincangkan tentang Vegeta. Persoalannya: Adakah Vegeta seorang bapa yang lebih bagus daripada Goku? Bagi pendapat saya, jawapannya adalah ya.

DragonHall+Epizódok/Film letöltése - BD-RIP 1080p - Dragon Ball Super 002 A  beígért kirándulás! Vegita a családjával nyaral?

Semua peminat tahu bahawa kaum Saiyan bukanlah spesies ayah yang terbaik, dan ada banyak faktor yang mempengaruhi perwatakan ini. Walaupun Vegeta diperkenalkan sebagai penjahat pada awal siri, wataknya telah mengalami perubahan yang sangat drastik sehingga kini digelar sebagai bapa kepada Trunks dan Bulla bersama Bulma sebagai pasangan. Harap semua faham, pendapat saya sepenuhnya adalah subjektif dan berbeza mengikut pandangan peminat. Di bawah adalah pandangan umum saya:

Kalau dari standard Saiyan, Vegeta ketara lebih bagus

Seorang bapa berdarah Saiyan biasanya tidak mempunyai peranan yang aktif semasa membesarkan anak. Sebagai kaum pahlawan, bayi dilahirkan untuk menjadi tentera, jadi hubungan penuh kasih sayang bersama ibu bapa tidak digalakkan supaya anak tersebut tidak menjadi “terlalu lembut.” Dalam hal ini, Vegeta terkecuali kerana dia mempunyai hubungan yang “agak akrab” dengan ayahnya. Malangnya, interaksi ini hanya untuk mempersiapkan Vegeta apabila dia menduduki takhta sebagai raja suatu hari ini dan tiada unsur kasih sayang.

Ciri-ciri inilah yang membentuk peribadi awal Vegeta di mana dalam Dragon Ball Z, dia seolah-olah tidak peduli tentang Trunks yang masih bayi dan Bulma apabila kapal terbang mereka ditembak oleh Dr. Gero. Di era Dragon Ball Super, Vegeta kini lebih terlibat dalam kehidupan anak-anak, dan kadangkala melatih Trunks, sanggup melindungi anak-anak dari bahaya dan bahkan sekali-sekala menunjukkan sikap sebagai seorang bapa normal. Antara contoh terbaik adalah semasa dia enggan meninggalkan sisi Bulma ketika sarat mengandung dengan Bulla walaupun dijemput ke Tournament of Power.

Walaupun bukan yang terbaik, Vegeta berjaya membuktikan dirinya lebih bagus dari kebanyakan ayah Saiyan.

Dari standard manusia, masih jauh lagi

Sehingga hari ini, Vegeta masih mempunyai sikap untuk menghabiskan masa berbulan-bulan di planet yang jauh supaya dapat berlatih, lantas membuatnya berjauhan dengan ahli keluarga. Lebih-lebih lagi, Vegeta biasanya masih akan berlatih walaupun berada bersama keluarga di bumi, jadi waktu bersama anak-anak memang bukan keutamaan. Ada satu ketika dia bersama Trunks dan Bulma telah pergi ke taman hiburan, tetapi disebabkan perangainya yang berangin, Vegeta meninggalkan keluarga lebih awal untuk buat hal lain.

Berdasarkan standard manusia, Vegeta adalah contoh yang teruk sebagai ayah, tetapi dia sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi lebih bagus. Oleh itu, adakah Vegeta seorang bapa yang lebih bagus dari Goku? Ya, cuma bukanlah yang terbaik. Goku sendiri baru sahaja ingin menjadi contoh ayah yang bagus di Super tetapi anda semua jangan lupa ya yang dia pernah membantu Cell semasa pertarungannya dengan Gohan. Vegeta sendiri telah menunjukkan banyak contoh di mana dia sanggup mengorbankan nyawa untuk Trunks dan Bulma berbanding Goku dan jika dia mempunyai semangat yang sama untuk membesarkan anak seperti keinginannya untuk mengalahkan Goku, Vegeta pasti jadi antara calon bapa paling bagus dalam anime.

Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Sumber – Dragon Ball Fandom

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

[Review] Halloween Kills – Michael Myers terus menghantui!

Next Post

Senarai platform rasmi untuk korang layan anime secara HALAL!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Senarai platform rasmi untuk korang layan anime secara HALAL!

Senarai platform rasmi untuk korang layan anime secara HALAL!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd