Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Halloween Kills – Michael Myers terus menghantui!

Maira by Maira
October 20, 2021
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
[Review] Halloween Kills – Michael Myers terus menghantui!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena bulan Halloween ini, filem ke-12 dari siri Halloween yang tertumpu pada pembunuh bersiri Michael Myers kini ditayangkan di pawagam. Ia merupakan filem kedua dari trilogi reboot Halloween. Jika anda ingin tahu, trilogi reboot Halloween terdiri daripada Halloween (2018), Halloween Kills (2021) dan Halloween Ends yang akan ditayangkan pada tahun hadapan. Kali ini, kami ingin review filem sekuel reboot dari siri seram ikonik ini. Tanpa membuang masa, inilah review dan pandangan kami mengenai filem Halloween Kills.

Kisah Halloween Kills

Kisah Halloween Kills berlaku selepas filem Halloween (2018). Laurie Strode (Jamie Lee Curtis), anak perempuannya (Judy Greer) dan cucu perempuannya, Allyson (Andi Matichak) berjaya memerangkap pembunuh bersiri, Michael Myers dalam bilik bawah tanah mereka lalu membakarnya. Senang cerita, Halloween Kills ingin menunjukkan bahawa Michael masih hidup tanpa sebarang kecederaan melainkan topengnya yang kelihatan seperti terbakar sedikit.

Jika anda ingin tahu, Michael Myers seperti manusia super. Anda boleh tikam, tembak dan membakarnya tetapi dia tidak akan mati. Dia akan berjalan perlahan dan mengejar mangsanya untuk dibunuh malah dia juga tidak berkata-kata. Sama seperti Terminator. Kesemua filem Halloween tidak pernah meceritakan lebih lanjut bagaimana Michael mempunyai kebolehan luar biasa ini atau mengapa dia membunuh secara rawak. Disebabkan ini hanya sebuah filem slasher, kita sebagai penonton hanya mampu terima sahaja.

Bukan setakat itu, Michael terperangkap dalam rumah terbakar itu sehingga bomba datang untuk memadamkan api tersebut. Selepas itu, dia muncul dan membunuh kesemua bomba yang menyelamatkannya. Tetapi adegan ini agak tidak masuk akal pada mulanya, kerana apabila Michael muncul dari rumah itu, ahli bomba di situ seperti bersedia untuk menyerangnya. Tetapi nasib, mereka semua mati apabila dibunuh oleh Michael menggunakan alat yang mereka sendiri gunakan untuk menyerang Michael.

RelatedPosts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Selepas itu, Michael meninggalkan rumah tersebut dan berkeliaran di bandar Haddonfield dan membunuh semua orang yang dijumpainya. Babak pertama memperkenalkan kita pada watak-watak yang dibunuh oleh Michael Myers yang muncul di rumah mereka. Penduduk kemudian berasa marah kerana perbuatan Michael pada Halloween tahun itu dan berkumpul untuk membunuhnya. Polis juga seperti tidak melakukan tugas yang baik kerana setiap Halloween perkara ini pasti berulang. Secara kesimpulannya, Halloween Kills ini hanya menceritakan Michael Myers yang ingin membunuh semua orang dan mereka juga ingin membunuh Michael Myers.

Dengan watak yang hanya muncul sekejap, penulisan Halloween Kills seperti berterabur. Saya agak susah untuk memastikan siapa protagonis untuk filem ini kerana terlalu banyak watak yang muncul selama lima ke 10 minit. Tetapi filem ini seperti tiada protagonis kerana ia sering menunjukkan seorang demi seorang dibunuh oleh Michael seperti sebuah video kompilasi. Pada pengakhiran filem ini, ramai penduduk yang dimasukkan ke hospital kerana Michael dan kelihatan seperti sangat penuh.

Tanpa satu watak yang penting dan watak-watak yang dibunuh kerana tindakan tidak bijak oleh mereka, saya tidak merasa apa-apa apabila watak ini dibunuh. Disebabkan terlalu banyak adegan bunuh yang ditayangkan dan berulangan, ia menjadi semakin bosan untuk ditonton. Filem Halloween (2018) sekurang-kurangnya tertumpu pada Laurie Strode dan anak perempuannya yang berusaha untuk menentang Michael. Laurie adalah watak utama dan membuatkan saya memahami penderitaannya tetapi Halloween Kills seperti filem yang tidak diperlukan. Ianya tidak mempunyai plot dan pengembangan dari filem pertama. Saya faham filem seperti ini tidak memerlukan kita memikirkannya secara mendalam tetapi ia sangat mengecewakan.

Lakonan

Agak susah untuk saya komen mengenai lakonan filem ini kerana masing-masing mempunyai adegan yang singkat. Sejujurnya, saya rasa lakonan mereka tidaklah teruk tetapi persembahan mereka seperti dihadkan oleh penulisan filem ini. Banyak watak dari Halloween (1978) kini sudah berusia 40-60 tahun, jadi agak nostalgia untuk peminat Halloween. Nak kata perkara itu positif juga agak susah kerana filem ini membunuh watak-watak tersebut.

Secara keseluruhannya, penulisannya sangat teruk dan watak-watak membuat perkara yang tidak masuk akal.Sampai satu tahap, penduduk Haddonfield secara tidak sengaja menyebabkan seseorang terbunuh. Tidak mengendahkan watak itu, mereka terus memburu Michael Myers.

Visual dan suara

Dari segi sinematografi, tidak ada banyak sangat perkara yang menonjolkan. Semua sudut dan rakaman yang digunakan nampak seperti filem biasa dalam genre ini. Selain itu, pencahayaan pada filem ini juga saya suka. Filem ini berlaku pada satu malam sahaja malah adegan flashback juga berlaku pada waktu malam. Ada beberapa adegan yang menggunakan pencahayaan yang menarik seperi cahaya hijau pada luar bar. Disebabkan ini sebuah filem slasher, pencahayaan yang dilakukan adalah baik terutamanya Michael Myers menggunakan bayang-bayang untuk memburu mangsanya. Keseluruhan set lakonan dan pencahayaan yang direka mampu membuatkan anda tertarik dan memikirkan keberadaan Michael.

Bunyi dalam filem ini memang terbaik. Petikan piano ikonik oleh John Carpenter berjaya memberikan rona yang hebat untuk Michael. Saya juga sukakan bunyi efek dalam filem ini terutamanya bunyi tikaman. Bunyi pisau yang menikam terus ke badan bunyi seperti ASMR pada saya dan ianya memang bagus.

Kesimpulan

Walaupun muzik dan bunyinya bagus, tetapi yang aspek lain Halloween Kills memang mengecewakan. Hanya keganasan yang ditunjukkan, menggerakkan filem ini tetapi aksi itu semakin lama semakin membosankan. Ia seperti filem ini dihasilkan untuk membuatkan peminat siri Halloween berasa nostalgik. Pada pendapat saya, hanya peminat kipas mati Halloween (1978) sahaja yang akan menyukai filem ini.

Baiklah, itu sahaja yang dapat kami kongsikan dalam sesi review kali ini. Anda boleh menonton filem ini di pawagam seperti di GSC atau TGV. Jika anda ingin melihat review filem yang lain, anda boleh klik pada pautan ini.

The Review

Halloween Kills

3 Score

PROS

  • Bunyi dan muzik yang bagus

CONS

  • Jalan cerita yang bercelaru
  • Keganasan yang berulangan dan membosankan
  • Sukar untuk tumpukan perhatian pada sesuatu watak

Review Breakdown

  • Halloween Kills mungkin akan disukai oleh peminat siri Halloween dan agak sukar untuk menarik perhatian penonton baru. 0
Tags: filemHalloween KillsReview Filem
Previous Post

Mob Psycho 100 musim ketiga telah diumumkan oleh Warner Bros Japan!

Next Post

Dragon Ball: Adakah Vegeta seorang bapa yang lagi bagus dari Goku?

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Dragon Ball: Adakah Vegeta seorang bapa yang lagi bagus dari Goku?

Dragon Ball: Adakah Vegeta seorang bapa yang lagi bagus dari Goku?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd