Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FIFA nekad ingin menamatkan kontrak eksklusif mereka bersama EA!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 18, 2021
in Artikel, Berita, Sukan/lumba
0 0
0
FIFA nekad ingin menamatkan kontrak eksklusif mereka bersama EA!
Share on FacebookShare on Twitter

Fédération Internationale de Football Association (lebih dikenali sebagai FIFA), nampaknya nekad ingin menamatkan kontrak eksklusif mereka bersama EA! Semuanya bermula 2 miggu lalu ketika EA mengeluarkan pernyataan yang mengatakan bahawa mereka mungkin mengubah nama siri FIFA kerana masalah dengan kontrak hak penamaan. Sekarang, FIFA telah mengeluarkan kenyataan sendiri yang ingin mengurangkan monopoli EA semasa permainan video bola sepak.

Walaupun posting tersebut bertajuk ‘FIFA set to widen gaming and esports portfolio’, dan tidak menyebut nama EA walaupun sekali, mereka membincangkan mengenai peranan persatuan dalam permainan video dan esport berikutan “penilaian komprehensif dan strategik bagi gaming dan hiburan interaktif “. Secara ringkas, para eksekutif FIFA telah memutuskan bahawa mereka dapat menjana lebih banyak pendapatan jika EA tidak memegang semua hak penamaan eksklusif.

FIFA isn't thrilled with EA's dominance of soccer games | Engadget

“FIFA akan menerapkan kedudukan komersial baru dalam gaming dan eSports untuk memastikan bahawa mereka akan berada di posisi terbaik untuk membuat keputusan yang menguntungkan bagi semua pemegang saham bola sepak,” kata kenyataan itu. “FIFA sangat optimis dan gembira tentang masa depan dalam gaming dan eSports untuk bola sepak, dan jelas bahawa ini adalah ruang yang perlu dihuni oleh lebih dari satu pihak yang mengendalikan semua hak.”

Mungkin ada yang masih keliru, jadi saya jelaskan sekali lagi tentang puncu segala isu ini. Semuanya bermula apabila EA memohon tanda cap dagangan untuk nama ‘EA Sports FC’, yang secara langsung, menunjukkan bahawa mereka tidak ingin lagi ‘FIFA’ menjadi sebahagian dari nama judul popular ini. Sebuah perjanjian kemudian dicapai dengan FIFPRO, kesatuan pemain bola sepak profesional global, supaya EA dapat terus menggunakan nama dan wajah pemain. Akhirnya, EA mengeluarkan pernyataan yang mengatakan bahawa pihaknya sedang mengkaji semula perjanjian hak penamaan dengan FIFA, dan meminta lebih dari USD$1 bilion untuk jangka masa empat tahun. Jumlah ini bernilai dua kali ganda daripada perjanjian semasa.

Apa pendapat anda selepas melihat kesungguhan FIFA untuk menamatkan kontrak eksklusif mereka bersama EA? Jom kongsikan di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang siri FIFA termasuk ulasan kami untuk FIFA 22, sila tekan pautan ini.

Pra-pesan di sini
FIFA 22
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: Electronic Arts
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Electronic Arts mengumumkan FIFA 22 bakal tiba ke PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Origin pada 1 Oktober ini! Menurut EA, FIFA 22 akan dikuasakan oleh teknologi HyperMotion yang menggabungkan Advanced 11-versi 11 Match Capture dan teknologi pembelajaran mesin eksklusif.
Tags: ea sportsfifaFIFA 22kontroversi
Previous Post

Trailer Expansion Pack untuk Nintendo Switch mendapat lebih 50k dislike!

Next Post

Team Spirit muncul juara dalam DOTA 2 The International 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Team Spirit muncul juara dalam DOTA 2 The International 2021!

Team Spirit muncul juara dalam DOTA 2 The International 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd