Novel Dune oleh Frank Herbert dianggap salah satu kisah fiksyen sains paling bagus dan terkenal dalam sejarah dan kini telah diadaptasikan kepada filem ‘blockbuster’ yang dibintangi oleh Timothée Chalamet, Zendaya, Oscar Isaac, dan Rebecca Ferguson serta disutradarai oleh Denis Villeneuve. Sekiranya anda pernah membaca novel itu dan merupakan peminat besar, jangan lupa untuk menonton filem penuhnya sekarang di pawagam terdekat anda! Sempena tayangan perdana, kami bekerjasama dengan Warner Bros. Malaysia untuk mengadakan giveaway eksklusif di mana anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah premium bertemakan filem Dune!
Filem Dune berdasarkan novel dengan nama sama oleh Frank Herbert pada 1965 yang berlatar belakang masa depan. Duke Leto Atreides ditugaskan untuk mengawasi planet gurun berbahaya Arrakis, yang juga dikenali sebagai Dune. Planet ini merupakan satu-satunya sumber untuk dadah bergelar “the Spice”, iaitu zat paling berharga di alam semesta kerana memberikan tahap pemikiran yang ditingkatkan dan memperpanjangkan umur manusia.
Walaupun tahu ini adalah perangkap yang diaturkan oleh musuh Harkonnen, Leto tetap membawa anaknya yang masih muda Paul, kekasihnya Lady Jessica dan juga penasihatnya yang paling dipercayai ke atas planet tersebut dan berjaya menguasai operasi perlombongan “Spice”. Apabila keluarga Atreides dikhianati, anaknya Paul memimpin sebuah pemberontakan untuk mengambil semula planet ini.
Seperti yang anda baca di atas, SEORANG PEMENANG BERTUAH GIVEAWAY berpeluang menerima hadiah premium Dune yang terdiri daripada kemeja T, stokin, topi, dan tuala pantai mikrofiber edaran Warner Bros Malaysia! Pemenang akan dipilih jika mengikuti segala langkah yang tersedia di bawah serta menjawab soalan yang diberikan. Rebutlah peluang anda untuk dapatkan hadiah eksklusif ini!
Langkah 1: Korang kena “LIKE” Facebook Page Gamer Santai dan Warner Bros. Malaysia
Langkah 2: Korang kena “Join” Group Semuanya Gaming di Facebook
Langkah 3: Like/Love/Wow Post mengenai Artikel ini di Facebook kami dan kongsi artikel ini dengan #DUNE #GamerSantai
Langkah 4: Jawab soalan ini di bahagian komen:
- Jika berjaya dapatkan “the Spice” dalam Dune, apa yang anda akan buat?
- Tag 3 rakan anda dan Letak #DUNE #GamerSantai di bawah;
Kemudian pemenang bertuah akan kami hubungi melalui Facebook Messenger!
- Perserta haruslah warganegara Malaysia
- Peserta haruslah 18 tahun keatas sahaja
- Giveaway akan berakhir 21 Oktober 2021 jam 11:59 pm
- Pemenang akan diumumkan pada 22 Oktober 2021 jam 12:00 PM melalui halaman FB
- Pemenang harus datang ke ofis Gamer Santai untuk menebus hadiah giveaway
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi hadiah premium Dune! Mana lah tau anda pemenang bertuah kali ini. Jika anda suka kandungan Gamer Santai, jangan lupa singgah untuk baca ulasan & subscribe Channel Youtube kami!
@gamersantaimy
Discussion about this post