Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nak phone bajet untuk gaming? Ini senarai phone bajet bawah RM 900 untuk anda!

Maira by Maira
October 4, 2021
in Artikel, Berita, Mobile, Panduan, Senarai, Teknologi
0 0
0
Nak phone bajet untuk gaming? Ini senarai phone bajet bawah RM 900 untuk anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Mobile gaming semakin digemari oleh orang ramai kerana mudah untuk dimainkan di mana sahaja. Permainan seperti PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, Wild Rift, Genshin Impact dan banyak lagi sering dimainkan oleh gamer di Malaysia. Malah anda tidak perlu membeli phone yang mahal untuk merasai pengalaman bermain game ini. Kami telah membuat pencarian phone terbaik yang boleh anda dapatkan dengan harga di bawah RM 900 serta mempunyai spesifikasi yang bagus. Jadi, jom lihat senarai phone bajet terbaik bawah RM 900 untuk anda bermain game mobile!

Xiaomi POCO X3 PRO

Kita sedia maklum dengan siri POCO oleh Xiaomi yang tersedia sebagai phone bajet untuk mobile gaming. Xiaomi POCO X3 Pro telah dilancarkan pada bulan mac yang lalu dengan tanda harga RM 899. Ia merupakan antara phone yang mempunyai chipset siri Snapdragon 860 yang murah untuk gaming. Phone ini juga datang dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Xiaomi POCO X3 Pro mempunyai paparan LCD IPS 6.67 inci. Baterinya berkapasiti tinggi iaitu 5160mAh dengan pengecasan pantas 33W. Sistem operasinya pula adalah MIUI 12 untuk POCO, berdasarkan Android 11.

Redmi Note 10 5G

Redmi Note 10 5G merupakan salah satu phone yang membolehkan anda bermain game AAA seperti Call of Duty Mobile dan PUBG Mobile dengan chipset MediaTek MT6833. Ia juga datang dengan 8GB RAM dan 128GB ROM. Paparan phone ini ialah IPS LCD yang bersaiz 6.5 inci berserta tiga kamera. Redmi Note 10 5G mempunyai bateri berkapasiti 5000 mAh dengan pengecasan pantas 18W dan beroperasi dengan sistem MIUI 12 berdasarkan Android 11.

Dengan harga RM 799 serta sambungan 5G pada phone itu, membuatkannya salah satu phone bajet yang berbaloi untuk anda miliki. Anda boleh membaca review kami mengenai Redmi Note 10 5G.

Vivo Y20s G

Phone ini merupakan entri terbaru untuk model Y20s oleh Vivo yang dilancarkan pada April 2021. Ia berharga RM 729 dan menggunakan chipset Mediatek Helio G80 yang ideal untuk sesi gaming harian anda. Game assistant yang tersedia membolehkan pengguna untuk menyesuaikan prestasi game sebelum bermain.

Vivo Y20s G mempunyai paparan IPS LCD sebesar 6.51 inci dan mempunyai 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Anda tidak perlu risau jika bermain game dengan lama kerana phone ini mempunyai kapasiti bateri setinggi 5000 mAh dengan pengecasan pantas 18W. Ia juga mempunyai sistem operasinya sendiri iaitu Funtouch 11 berdasarkan Android 11. Jadi, jangan segan silu untuk mencuba phone ini!

Xiaomi Poco M3 Pro

Satu lagi entri dari siri Poco. Xiaomi Poco M3 Pro telah dilancarkan pada Jun 2021. Ia berbeza dengan poco phone yang lain kerana ia menggunakan chipset dari Mediatek Dimensity 700 5G yang membuatkan harganya jauh lebih murah dari model yang menggunakan chipset Snapdragon. Ia mempunyai 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Walaupun begitu, prestasi permainan pada phone ini masih hebat ditambah pula dengan sambungan 5G yang tersedia dalam phone ini.

Xiaomi Poco M3 Pro mempunyai paparan IPS LCD sebesar 6.5 inci berserta tiga kamera. Baterinya berkapasiti tinggi iaitu 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Sama seperti POCO X3 Pro, ia juga menggunakan sistem operasi MIUI 12 untuk POCO, berdasarkan Android 11. Dengan tanda harga RM 699, anda dapat miliki phone hebat ini!

Realme C21Y

Realme C21Y merupakan phone bajet terbaru yang anda boleh dapat dari Realme. Ia telah dilancarkan pada Ogos 2021. Phone ini mempunyai 4GB RAM dan storan dalaman 64GB Dengan chipset Unisoc T610, anda boleh bermain game dengan 60 fps. Paparan skrin IPS LCD bersaiz 6.5 inci berserta tiga kamera. Realme C21Y menggunakan sistem operasi Realme UI bersama Android 10. Dengan tanda harga RM 549, ini merupakan phone bajet paling murah untuk anda bermain game mobile dengan baik.

Phone yang tersenarai mempunyai spesifikasi minimum untuk anda bermain semua game mobile. Jadi, sesiapa yang mencari phone bajet untuk mobile gaming, anda boleh gunakan senarai ini. Untuk membaca liputan lanjut dari kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Phone bajetphone bajet 2021POCO M3 ProPOCO X3 ProRealme C21YRedmi Note 10 5GVivo Y20s G
Previous Post

Game mobile MMO popular China dituduh meniru treler Final Fantasy 14!

Next Post

Senarai komik Gempak Starz yang layak dijadikan anime!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Senarai komik Gempak Starz yang layak dijadikan anime!

Senarai komik Gempak Starz yang layak dijadikan anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd