Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2021] Genshin Impact dedahkan kandungan baru untuk versi 2.2 dan kolaborasi bersama Razer!

Maira by Maira
October 3, 2021
in Acara, Android, ARPG, Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile, PS4, PS5
0 0
0
[TGS 2021] Genshin Impact dedahkan kandungan baru untuk versi 2.2 dan kolaborasi bersama Razer!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa livestream TGS 2021 oleh miHoYo, mereka telah dedahkan maklumat baru mengenai kemas kini terbaru Genshin Impact. Versi 2.2 akan mempunyai watak baru, kawasan baru dan acara baru untuk pemain terus mengembara di dunia Genshin. Di livestream itu juga, Genshin Impact mendedahkan kolaborasi bersama Razer. Mari kita lihat kandungan yang akan tersedia dalam versi 2.2!

Watak

Watak baru yang akan dapat dimainkan ialah Thoma. DIa merupakan watak pyro dan menggunakan polearm sebagai senjatanya. Elemental Burst Thoma mencipta pelindung yang kelihatan menyerupai dua pelindung bahu. Sepanjang tempoh itu, serangan normal yang aktif akan mencetuskan damage AOE yang berskalakan HP maksimum Thoma.

Thoma akan hadir bersama Hutao dalam banner watak selepas banner rerun untuk Tartaglia.

Senjata baru

  • Polar Star – Bow
  • Wavebreaker’s Fin – Polearm
  • Akuoumaru – Greatsword
  • Mouun’s Moon – Bow

Acara baru

  • Shadow of the Ancients.
  • Labyrinth Warriors. Pemain boleh menceburkan diri dalam domain mistik di Inazuma dengan “Childe” Tartaglia dan Xinyan, pemuzik rock ‘n’ roll Liyue. Anda juga akan ditemani oleh kertas pelik bernama “Shiki Taishou” yang boleh memberikan bantuan khas. Pertarungan sengit dan ganjaran berharga di kedai menanti para pemain.
  • To the World’s Sounds Listening. Pemain dapat menikmati permainan rhythm dan memainkan pelbagai gaya muzik dengan Ningguang, Zhongli, Keqing, Xiao, Sangonomiya Kokomi, Kamisato Ayaka, dan Raiden Shogun.
  • Dreams of Bloom. Acara khas di Serenity Pot.
  • Rerun Ley Line Overflow.

Date event

Pemain boleh meluangkan masa dengan dua watak baru untuk date event iaitu Thoma dan Sayu. Jangan lupa untuk membuka semua penamat untuk setiap watak !

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Kawasan baru

Tsurumi Island yang akan dibuka merupakan kawasan keenam dan terakhir di Wilayah Inazuma. Pulau ini diselimuti kabus tebal, dan pemain akan mudah tersesat dan menghadapi cabaran yang belum pernah dialami sebelum ini semasa menjelajahi kawasan ini!

Musuh baru

  • Rockfond Rifthound Whelp
  • Thundercraven Rifthound Whelp
  • Rockfond Rifthound
  • Thundercraven Rifthound

Rifthounds dan Rifthound Whelps adalah binatang buas berbahaya yang bersembunyi di kabus, menunggu untuk melancarkan serangan. Apabila serangan terkena pada watak, semua anggota parti akan terpengaruh dengan status “Corrosion” dan terus kehilangan HP tanpa mengira mereka terlindung atau tidak.

Kemas kini Serenitea Pot

Landskap, rumah dan perabot yang bertemakan Inazuma akan tersedia. Malah beberapa mekanik juga dikemas kini untuk pemain lebih mudah menguruskan Serenitea Pot mereka.

Kolaborasi bersama Razer

Genshin Impact juga berkolaborasi dengan Razer, setelah miHoYo mengumumkan kerjasama strategik baru dengan jenama gaya hidup global terkemuka, Razer. Peminat boleh menantikan reka bentuk bertema Genshin Impact pada produk Razer termasuk tetikus permainan Razer DeathAdder V2 Pro, kerusi gaming ergonomik Razer Iskur X serta pad tetikus Razer Goliathus Speed. Untuk memperingati acara ini, setiap produk akan datang bersama kod bonus yang dapat digunakan oleh peminat untuk menebus ganjaran menarik dalam permainan.

Reka bentuk Genshin Impact juga akan tersedia di Razer Customs, perkhidmatan dalam talian oleh Razer.com yang menawarkan reka bentuk rakan kongsi rasmi untuk pelbagai perkakasan Razer.

Razer juga telah menyediakan THX Game Profile yang diselaraskan khas melalui aplikasi THX Spatial Audio. Profil ini tersedia di PC dan serasi dengan semua alat dengar permainan untuk Genshin Impact. Dengan tujuan untuk memberikan surround 7.1 sound yang canggih dengan ketepatan kedudukan yang tepat, aplikasi Audio Spasial THX membolehkan akustik yang realistik untuk refleksi hidup dalam persekitaran permainan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkongsian antara miHoYo dan Razer, sila lawati pautan ini.

Kemas kini terbaru ini akan hadir pada 13 Oktober 2021. Ramai peminat memang ternanti-nanti update ini kerana watak Aloy dari Horizon Zero Dawn juga akan tersedia kepada pemain PC dan mobile. Anda boleh dapatkan kod untuk ganjaran khas sempena livestream ini di bawah. Untuk mengikuti liputan lanjut mengenai Genshin Impact, anda boleh klik di pautan ini.

  • LBNDKG8XDTND
  • NB6VKHQWVANZ
  • BSNUJGQFUTPM
Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactGenshin Impact versi 2.2miHoYorazerTGS2021
Previous Post

[TGS 2021] Forspoken menceritakan lebih lanjut tentang dunia permainan, naratif, & sistem pertempuran!

Next Post

Disebabkan banyak keluhan, akhirnya Konami mohon maaf atas pelancaran eFootball 2022 yang menyakitkan hati!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Disebabkan banyak keluhan, akhirnya Konami mohon maaf atas pelancaran eFootball 2022 yang menyakitkan hati!

Disebabkan banyak keluhan, akhirnya Konami mohon maaf atas pelancaran eFootball 2022 yang menyakitkan hati!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd