Arc System Works telah berkongsi treler rasmi pertama untuk game akan datang River City Girls 2, yang menyoroti pelbagai watak kita boleh dimainkan dan gaya pertempuran masing-masing yang unik. Dibangunkan oleh studio Wayforward (terkenal dengan siri Shantae), River City Girls adalah siri permainan “2D side-scrolling beat-em-up” di mana pemain harus menewaskan musuh demi musuh untuk menyelamatkan kekasih yang disayangi.
Anda boleh melihat treler pertama River City Girls 2 di bawah tetapi harap maklum, kandungannya dalam bahasa Jepun.
River City Girls 2 diumumkan sedang dalam pembikinan pada bulan Jun tahun ini, dengan niat untuk meneruskan kejayaan daripada game pertama. Kali ini, ia akan merangkumi fitur “online multiplayer” selepas mendengar permintaan peminat, sokongan untuk lakonan suara Jepun, dan lebih banyak kandungan dari segi watak, jumlah level dan item, acara, aksi, dan elemen lain. Lebih banyak maklumat akan diberikan pada kemudian hari.

River City Girls pertama menceritakan kisah tentang Kyoko dan Misako, dua pelajar sekolah menengah yang sebenarnya pakar dalam seni mempertahankan diri ketika kedua-duanya menjelajahi enam wilayah di River City untuk menyelamatkan teman lelaki mereka yang diculik bernama Kunio dan Riki. Pemain akan menggunakan mekanik kombo dalam permainan, termasuk “counter”, balingan, dan serangan khas semasa bertarung dengan musuh. Untuk sekuel, pemain dapat berinteraksi dengan NPC, yang sebelum ini pernah hadir dalam game pertama.

River City Girls 2 akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam pada tahun 2022. Game ini pada mulanya akan dijual secara digital untuk Nintendo Switch, manakala versi fizikal untuk dikeluarkan kemudian hari oleh penerbit Limited Run Games.
Untuk segala liputan kami tentang Tokyo Game Show 2021, sila tekan pautan ini.
Sumber – Arc System Works
@gamersantaimy
Discussion about this post