New World permainan MMORPG oleh Amazon baru sahaja dilancarkan baru-baru ni. Permainan ini mendapat sambutan meriah dari ramai pemain dan streamer yang ingin merasai pengalaman baru MMORPG di New World. Jika anda teringin untuk bermain permainan hangat ni, kami ada berita baik untuk anda! Gamer Santai kali ini berkolaborasi dengan ROG Malaysia yang ingin memberikan salinan percuma New World kepada anda!

Di New World, pemain akan mengembara di sebuah dunia terbuka yang berbahaya dan penuh dengan peluang, di mana anda akan menempa takdir baru untuk diri anda. Anda kini seorang pengembara yang terdampar di pulau supernatural, Aeternum selepas kapal yang dinaiki telah karam. Pelbagai perkara akan menanti anda di pulau ini seperti pertempuran yang berterusan, mencari sumber makanan dan banyak lagi. Gunakan kekuatan ghaib atau senjata pembunuh dalam sistem pertempuran real-time, dan bertarung sendirian, dengan pasukan kecil, atau pasukan tentera untuk pertempuran PvE dan PvP . Semua pilihan terletak di tangan anda!

Anda juga boleh merasai pengalaman hebat di pulau Aeternum melalui laptop ROG yang mempu menyampaikan grafik memukau pulau tersebut kepada pemain. Kami memerlukan SEORANG PEMENANG BERTUAH untuk mendapat kod permainan ini! Pemenang akan dipilih jika mengikuti segala langkah yang tersedia di bawah serta menjawab soalan yang diberikan. Rebutlah peluang anda untuk permainan MMORPG baru ini!
Langkah 1: Korang kena “LIKE” Facebook Page Gamer Santai dan ROG Malaysia


Langkah 2: Korang kena “Join” Group Semuanya Gaming di Facebook

Langkah 3: Like/Love/Wow Post mengenai Artikel ini di Facebook kami dan kongsi artikel ini dengan #NewWorld #GamerSantai

Langkah 4: Jawab soalan ini di bahagian komen:
- Faction manakah yang anda paling suka dalam New World dan kenapa?
- Tag 3 rakan anda dan Letak #NewWorld #GamerSantai di bawah;
Kemudian pemenang bertuah akan kami hubungi melalui Facebook Messenger!
- Perserta haruslah warganegara Malaysia;
- Peserta haruslah 18 tahun keatas sahaja!
- Giveaway akan berakhir 8 Oktober 2021 jam 12.00 am;
- Pemenang akan diumumkan pada 8 Oktober 2021 melalui FB Messenger;
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi salinan New World! Mana la tau anda pemenang bertuah kali ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post