Setiap hari Jumaat, Epic Games Store akan menghadiah satu atau dua game percuma, dan biasanya akan mengumumkan apa yang bakal ditawarkan seterusnya pada minggu depan. Seperti biasa, hari ini adalah hari Jumaat (24 September 2021) dan sempena itu, Epic Games Store telah menawarkan game melarikan diri dari penjara “The Escapists” secara percuma! Buat masa terhad, sesiapa yang berminat boleh tebus game ini sekarang untuk ditambah ke koleksi digital mereka.
Secara ringkas, The Escapists adalah game strategi di mana kita memegang peranan sebagai seorang banduan, yang harus melepaskan diri dari enam penjara utama bermula dari yang paling mudah hingga ke paling susah. Setiap kali kita melarikan diri daripada penjara, penjara seterusnya akan dibuka. Pemain boleh memperoleh pelbagai barang untuk melarikan diri dengan membeli atau mencuri dari banduan lain, atau membuat barang baru dengan menggabungkan dua atau tiga barang lain. Pemain juga dapat membantu rakan-rakan banduan, dan setelah menyelesaikan misi mereka, kita akan diberi ganjaran duit. Game ini terbukti cukup popular sehingga menghasilkan beberapa game spin-off dan sekuel.

Sesiapa yang berminat dengan The Escapists boleh menebus game ini secara percuma bermula sekarang sehingga ia diganti dengan tawaran seterusnya. Anda tidak perlu bayar walau satu sen dan hanya memerlukan akaun Epic Games, dan Epic Games Launcher.
Selain itu, Epic Games Store juga telah mengesahkan game percuma seterusnya pada minggu depan. Bermula 1 Oktober hingga 8 Oktober, pengguna dapat menambahkan Europa Universalis 4 ke perpustakaan digital mereka. Europa Universalis 4 adalah game strategi mantap yang mendapat pujian positif ketika pertama kali dilancarkan pada tahun 2013, dan sejak itu menambah banyak expansion dan content update baru. Ia dihasilkan oleh Paradox Interactive, studio yang terkenal dengan Crusader Kings 3, salah satu game strategi paling cemerlang pada tahun 2020.
Untuk segala liputan kami tentang Epic Games termasuk perbalahan mereka dengan Apple, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post