Dengan menggunakan warna baru bertemakan galaksi, Sony telah memperkenalkan controller DualSense pada bulan Jun, kini mereka melancarkan Headset Pulse 3D yang juga mendapat warna baru iaitu Midnight Black yang berharga MYR469.
Penampilan baru untuk headset Pulse 3D ini sesuai dengan skema warna yang sama dengan controller DualSense Midnight Black tetapi warna hitam yang digunakan berbeza dengan yang lain. Headset Pulse 3D Midnight Black akan mula dilancarkan di seluruh dunia oleh peruncit yang mengambil bahagian pada bulan depan. Di Asia pula tarikh pelepasan headset ini adalah pada 29 Oktober 2021. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Walaupun semua headset yang serasi dengan PS5 dapat digunakan untuk merasai Audio 3D dalam permainan PS5, headset Pulse 3D dirancang khusus untuk memanfaatkan sepenuhnya Tempest 3D AudioTech dalam konsol, dengan tindak balas frekuensi yang diselaraskan untuk membantu pemain menentukan bunyi dengan lebih tepat pada lokasi yang betul untuk dipadankan dengan permainan di skrin.
Dalam kemas kini sistem utama kedua untuk PS5, ia memperkenalkan ciri equalizer control baru untuk headset Pulse 3D dalam tetapan sound PS5 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Sony untuk meningkatkan pengalaman audio permainan.

Pengguna headset Pulse 3D boleh memilih dari tiga preset – Standard, Bass Boost, atau Shooter yang direka untuk memberi penekanan tambahan pada suara tapak kaki dan tembakan yang dilepaskan. Ketiga preset ini popular dalam kalangan pemain yang menggunakan aplikasi companion headset PS4, dan kini telah dioptimumkan untuk penggunaan Tempest 3D AudioTech dalam PS5. Pengguna juga dapat membuat preset mereka sendiri dan menyimpan hingga tiga tetapan untuk memiliki lebih banyak pilihan quick-access. Selain itu, pemain dapat menyesuaikan tetapan equalizer ini semasa gameplay melalui Control Center, tanpa perlu keluar dari permainan.
Sony harap anda menikmati ciri equalizer control baru untuk headset ini, bersama dengan penampilan baru, Midnight Black yang bakal dilancarkan pada 29 Oktober. Anda boleh pergi ke laman rasmi PlayStation untuk mengetahui lebih lanjut mengenai headset ini.
Sumber: PlayStation Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post