Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[PS Showcase 2021] Gameplay baru Ghostwire: Tokyo didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2021
in Artikel, Berita, PC, PS5
0 0
0
[PS Showcase 2021] Gameplay baru Ghostwire: Tokyo didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Ghostwire: Tokyo ditunda pada awal tahun ini hingga ke tahun 2022, tetapi di acara PS Showcase 2021 hari ini, mereka telah mengumumkan trailer gameplay baru yang memberi maklumat lanjut kepada peminat yang sabar menanti.

Pemain terbangun di tengah bandar Tokyo yang kosong dan mendapati semua penduduk telah menghilang. Sudah tentu, dia tidak tahu ke mana semua orang pergi atau bagaimana perkara ini boleh berlaku tetapi situasi tidak mengizinkan hero kita untuk berehat kerana sejumlah “yokai” (hantu Jepun) telah datang dari dimensi lain untuk menyerang bandar Tokyo. Entiti ini yang nampaknya dipimpin oleh seorang lelaki bertopeng bernama Hannya.

Anda perlu menguasai Ethereal Weaving – sejenis ilmu pertempuran kuno yang menggabungkan kuasa elemen dengan tenaga spiritual – di samping memahirkan diri memakai peralatan unik dan kemahiran memburu hantu untuk menghadapi ancaman tersebut. Dengan kekuatan angin, air dan api, anda harus menggabungkan kuasa ini untuk menewaskan pelbagai musuh ghaib, termasuk:

  • Hantu lincah yang datang dalam bentuk pelajar sekolah menengah tanpa kepala. Mereka menyerang secara berkumpulan, dan menggunakan kepantasan dan akrobatik untuk membuat kita keliru.
  • Boneka berdasarkan patung teru teru bozu yang terbang di udara, seolah-olah diangkat oleh tali yang tidak kelihatan, dan menembak api dari jarak jauh.
  • Hantu tak berwajah yang berkeliaran dalam hujan dalam pakaian pengebumian. Hantu ini dapat memantulkan serangan kita dengan payung lalu cuba untuk mendekat bagi menyerang.

Game ini dihasilkan khusus untuk PS5 kerana Tango Gameworks membangunkan Ghostwire: Tokyo sambil mempertimbangkan perkakasan konsol next-gen. Ia akan memanfaatkan ray-tracing milik PS5 dan teknologi audio 3D manakala SSD akan memberi “load time yang sangat pantas” supaya pemain boleh meneroka Tokyo dengan lancar.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Dualsense juga menggunakan teknologi audio built-in yang membolehkan kita mendengar “suara hantu”, demo memberikan pengalaman supernatural yang lebih imersif. Pada masa yang sama, fitur adaptive trigger dan haptic feedback di DualSense akan diterapkan supaya kita dapat merasakan aksi yang berlaku pada setiap detik.

Itu sahaja info gameplay yang didedahkan buat masa ini, Ghostwire: Tokyo bakal dilancarkan pada tahun 2022 untuk PS5 dan PC. Untuk segala liputan kami untuk acara PS Showcase 2021, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameplayGhostwire: TokyoPS Showcase 2021
Previous Post

[PS Showcase 2021] Insomniac bukan setakat dedahkan Spidey, sebaliknya Marvel’s Wolverine turut akan tiba!

Next Post

[PS Showcase 2021] Kisah penceritaan Marvel’s Guardians of the Galaxy didedahkan, menampilkan watak yang akan anda temui!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[PS Showcase 2021] Kisah penceritaan Marvel’s Guardians of the Galaxy didedahkan, menampilkan watak yang akan anda temui!

[PS Showcase 2021] Kisah penceritaan Marvel's Guardians of the Galaxy didedahkan, menampilkan watak yang akan anda temui!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd