Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kekurangan bekalan cip untuk konsol PS5 akan berlanjutan hingga 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2021
in Artikel, Berita, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Kekurangan bekalan cip untuk konsol PS5 akan berlanjutan hingga 2023!
0
SHARES
839
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu pengeluar terbesar bagi cip semikonduktor yang digunakan dalam perkakasan konsol next-gen PS5 dan Xbox Series, Toshiba Corporation akhirnya menjawab pertanyaan umum netizen dan mendedahkan bahawa kekurangan bekalan cip akan berterusan hingga awal September 2022. Menurut pengarah syarikat Toshiba -Takeshi Kamebuchi, ada kemungkinan besar Toshiba tidak dapat mengirimkan pesanan penuh kepada beberapa pelanggan utama sehingga tahun 2023. Pernyataan itu tidak tidak menjelaskan sama ada pelanggan ini termasuk Sony atau Microsoft.

Making Sense Of The PS5 SSD Array - Lords of Gaming

Kamebuchi mendedahkan bahawa masalah utama adalah kerana kekurangan bahan. Permintaan tinggi yang menerus telah mengatasi bekalan sedia ada lantas menyebabkan isu ini. Bak kata Kamebuchi, bekalan akan “kekal terhad hingga (paling awal) September tahun depan,” dan akan mempertimbangkan “pelanggan mana yang menghadapi situasi yang paling teruk” ketika membuat keputusan.

Pada masa yang sama, dia meyakinkan pelanggan dan berkata syarikat sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut. Toshiba dilaporkan akan memasukkan sebanyak $545 juta untuk meningkatkan pengeluaran bermula sekarang dan 2024. Selain itu, Kamebuchi juga meminta maaf kepada semua pembuat konsol. Dalam pengumuman itu, dia memberitahu Sony dan Microsoft adalah “antara pelanggan yang membuat tuntutan paling tinggi” dan “bersungguh-sungguh meminta maaf” atas isu ini.

Pengumuman ini sejajar dengan kenyataan lama Sony yang dibuat pada awal tahun ini. CFO Hiroki Totoki menyebut tentang kekurangan komponen PS5 yang akan berlanjutan hingga 2022. Dalam pengumuman itu, Sony menyatakan bahawa penyebab utama kepada kekurangan bekalan konsol PS5 adalah kerana kekurangan cip yang disebabkan oleh pandemik global.

RelatedPosts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

New PS5

Oleh itu, mereka telah memperkenalkan model baru untuk PS5 yang dikatakan memberi prestasi yang sama tetapi menggunakan sumber berlainan. Mereka “secara diam-diam” telah melancarkan model ini bermula di Australia. Varian PS5 ini berjaya ditemui oleh media Press-Start dari Australia dan apa yang baru tentangnya ialah ia mempunyai nombor siri yang disemak semula, jumlah berat yang “sedikit” lebih ringan dan skru baru. Kajian selanjutnya pula membuktikan PS5 ini lebih panas berbanding varian asli. Harap perkara ini tidak terjadi apabila mereka mencari pengganti cip Toshiba. Anda boleh baca lagi di sini.

Sumber – Bloomberg

Tags: bekalancipps5stok terhadXbox Series X
Previous Post

Dengan Sonic Colors: Ultimate tiba, dan ulang tahun 30 Sonic.. Apa kata kita lihat beberapa fakta mengenai Sonic!

Next Post

[UPDATE] Respon Miss Farr kepada kes gangguan seksual oleh rakan sendiri

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[UPDATE] Respon Miss Farr kepada kes gangguan seksual oleh rakan sendiri

[UPDATE] Respon Miss Farr kepada kes gangguan seksual oleh rakan sendiri

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd