Walaupun Ghost of Tsushima sudah memasuki usia setahun sebulan dilancarkan, ia masih menjadi game yang diminati para peminat genre Action-RPG. Game ini telah dibangunkan oleh studio Sucker Punch dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk platform PlayStation 4 dan PlayStation 5. Ghost of Tsushima menampilkan gameplay dunia terbuka dimana anda akan bermain sebagai Jin Sakai, iaitu seorang samurai yang perlu melidungi Tsushima Island semasa pencerobohan pertama Mongol ke Jepun.
Memandangkan game ini bakal melancarkan kandungan baru bertajuk Ghost of Tsushima Director’s Cut pada hari Jumaat 20 Ogos ini, jadi kami ingin berkongsi beberapa panduan dengan para pembaca yang baru sahaja ingin mencubanya. Jadi tanpa membuang masa, ini adalah petua ringkas untuk beginner di Ghost of Tsushima!
Petua pertama: Alam sekitar di Tsushima Island akan membimbing anda
Ikut arah angin
Perhatikan arah angin di persekitaran anda untuk mencari petunjuk yang menarik seperti asap di langit atau pokok-pokok kelihatan misteri. Anda juga boleh memanggil Guiding Wind untuk membantu bergerak ke arah objektif yang sedang dilakukan. Semasa pemain mengembara di pulau ini, anda dapat memilih mana-mana titik di peta dan ikuti arah angin untuk mencarinya. Bermula dari pelbagai Tales of Tsushima hingga ke tempat menarik seperti desa dan barangan koleksi tertentu.
Guna haiwan sebagai penunjuk arah
Haiwan-haiwan di Tsushima Island boleh menjadi penunjuk arah untuk anda. Anda boleh mengikuti binatang seperti burung emas atau rubah untuk menuju ke tempat landmark atau aktiviti khas. Kepulan asap juga boleh menjadi petanda untuk kuat musuh, desa, mereka yang memerlukan bantuan atau perkara lain boleh ditemui. Namun, perlu diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memanjat bangunan atau batu berwajah, kerana anda tidak tahu apa yang menanti di puncaknya.
Anda juga boleh meneroka peta untuk mengetahui tempat menarik dan baru di Tsushima! Setelah menemui kawasan yang menarik untuk dituju, anda dapat kembali ke sana dengan Fast Travel. Rajinkan diri untuk berbual dengan peniaga yang anda temui, kerana ada antara mereka juga akan memberi pakaian khas bagi membantu pemain mendapat petunjuk bagi menemui rahsia tersembunyi. Anda juga perlu perhatikan material seperti kayu buluh atau yew, serta bunga yang tumbuh di seluruh pulau, kerana ini boleh dijadikan sebagai senjata dan baju besi.
Petua kedua: Sentiasa bersedia dengan pertarungan yang brutal
Pertarungan di Ghost of Tsushima boleh menjadi kejam jika anda tidak bersedia. Bahkan musuh yang biasa juga boleh mengalahkan Jin hanya dengan beberapa serangan, jadi pemain perlu sentiasa bersedia. Gunakan petunjuk visual dan audio sebagai penanda kepada serangan musuh untuk dijadikan kelebihan sebelum anda mula menyerang.
Sekat, elak dan parry serangan musuh
Dalam game ini, elemen pentingnya adalah menyekat, mengelak dan parry serangan musuh! Gunakan butang L1 untuk menyekat kebanyakkan serangan, pastikan anda menekan butang ini dahulu sebelum musuh menyerang supaya dapat membalas lebih kejam. Anda juga boleh gunakan fungsi butang Circle untuk parry serangan dan menjadikan musuh dalam keadaan terbuka.
Perhati dan pelajari serangan musuh
Setiap kali sebelum bertarung, anda perlu mempelajari corak dan masa serangan musuh. Perhatikannya dengan melakukan beberapa sekatan serangan mereka dahulu sehingga anda mula selesa dan faham cara mereka. Dari sini, gunakan peluang ini untuk membuat serangan balas dan anda dapat menewaskan musuh dengan mudah.
Taktik terbaik untuk melawan Mongol adalah combat stance yang dapat dipelajari Jin dengan cepat semasa melawan pelbagai musuh. Dengan mengalahkan atau memerhati ketua Mongol di kawasan perkhemahan mereka, anda akan menerima point untuk membuka teknik baru yang sangat berkesan terhadap musuh.
Anda akan bermula dengan Stone Stance, dimana sangat berkesan terhadap swordsmen, tetapi pemain perlu ambil masa untuk mempelajari Stance Water atau Wind supaya boleh melawan mereka menggunakan perisai dan tombak. Menguasai teknik ini adalah kunci untuk mematahkan serangan musuh dengan berkesan dan mudah menang.
Petua ketiga: Naik taraf kemahiran dan fokus pada Tales
Sejak dari permulaan game, pertarungan asas masih boleh menjadi berbahaya bagi Jin. Berikut adalah beberapa cara untuk meraih peluang:
Bergerak ke kawasan yang ditanda emas dalam peta
Tales adalah sebahagian daripada Journey Jin (kawasan yang ditanda dengan emas pada peta) untuk memberi anda peningkatan yang besar pada meter Legend, supaya membantu memperoleh Technique Points bagi membuka kemampuan baru. Perhatikan juga desa atau tempat menarik dengan aura emas yang mungkin menunjukkan bahawa ada peningkatan baru tersedia.
Bantuan peningkatan
Anda perlu mempertimbangkan peningkatan seperti Perfect Healing Parry dan Deflect Arrows. Perfect Healing Parry membantu mengimbangkan semula block dan serangan pemain, dan Deflect Arrows pula untuk menghindari ancaman dari jauh sambil menghadapi musuh berdekatan. Evolving Tactics juga boleh membantu dari segi penyembuhan, terutama Iron Will yang menghabiskan dua point pada meter Resolve setelah anda dikalahkan, dan membawa kembali ke pertarungan.
Pada awal Journey Jin, anda boleh fokuskan pada Tales yang melibatkan pemain merekrut sekutu baru, seperti “The Tale of Lady Masako”. Selain menjalinkan hubungan yang kuat, Tales akan memberi anda senjata atau baju besi baru untuk membantu usaha merebut kembali Tsushima Island. Perhatikan juga Golden Temple untuk mendapatkan bantuan mengumpulkan bekalan, dan penjual disana boleh meningkatkan kekuatan senjata dan baju besi anda. Warga Tsushima di Golden Temple akan memberi maklumat berharga supaya anda dapat mencari orang yang memerlukan bantuan, atau lokasi baru menarik.
Petua keempat: Manfaatkan sumber alam Tsushima pada kemahiran Jin
Tsushima Island dipenuhi dengan pelbagai sumber yang membantu dalam perjalanan Jin, dan anda akan menjumpai sebahagian besarnya semasa dalam kemajuan game. Antara yang boleh anda lakukan adalah seperti:
- Sebagai seorang samurai, anda jangan takut untuk meneroka, kerana terdapat banyak perkara yang boleh ditemui sepanjang perjalanan menuju ke objektif. Jadi, pastikan anda ikuti haiwan liar untuk mengesan kuil baru atau mengumpulkan bahan walaupun sedikit.
- Bamboo Strikes boleh dijumpai di seluruh pulau bagi membantu membuka tetap Resolve meter anda jika anda berjaya menguasainya. Tumpukan perhatian pada kelajuan dan ketepatan supaya tidak menekan butang yang salah.
- Mendaki kuil memberikan pemain dua hadiah yang sangat penting apabila berjaya sampai ke puncak, iaitu wax wood untuk menaik tarafkan busur, dan pesona bagi menawarkan faedah paling besar.
- Jin boleh melompat sangat jauh sebenarnya, dan anda boleh melakukannya ketika menuju ke kuil yang sukar dituju kerana terdapat jurang. Tetapi jika jurang itu terlalu jauh, mungkin anda perlu kembali dengan membawa alatan tambahan.
- Hot spring di seluruh pulau memberi anda masa untuk merenungkan pelbagai elemen semasa perjalanan, dan akan menambah kenaikan kekal pada bar kesihatan Jin.
- Sarang rubah adalah rumah bagi beberapa haiwan liar yang bijak di Tsushima, mereka akan membawa anda ke tempat-tempat suci dimana pemain boleh mendapat ganjaran.
- Semasa anda berusaha untuk meneroka lebih banyak kawasan di Tsushima Island, pastikan untuk meletakkan Technique Points dalam peningkatan penerokaan. Ini membolehkan anda mengarahkan angin ke tempat menarik yang belum pernah ditemui.
Harap dengan perkongsian petua ringkas untuk pemain baru Ghost of Tsushima ini dapat membantu anda meneroka Tsushima Island lebih cepat. Anda boleh mendapatkan Ghost of Tsushima Director’s Cut di PlayStation Store dengan harga RM299 yang tersedia untuk PS5 dan PS4 bermula 20 Ogos ini. Bagi yang berminat, anda boleh membaca temu ramah eksklusif kami bersama pembangun game Director’s Cut dan segala liputan berkaitan game di pautan tersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post