Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dapatkan pengembangan The Virtuous Cycle PERCUMA di Mortal Shell sempena ulang tahun pertama mereka!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 17, 2021
in Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, Genre, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dapatkan pengembangan The Virtuous Cycle PERCUMA di Mortal Shell sempena ulang tahun pertama mereka!
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun Cold Symmetry mengumumkan bahawa mereka ingin memberi pemain Mortal Shell pengembangan The Virtuous Cycle secara PERCUMA! Selama lima hari, bermula dari 18 Ogos sehingga 23 Ogos ini, anda akan menerima pengembangan game pertama secara percuma dan boleh dituntut. Tawaran istimewa ini adalah sempena meraikan ulang tahun Mortal Shell yang pertama.

Pek pengembangan The Virtuous Cycle menambah mod roguelike ke Mortal Shell. Terdapat lebih dari 100 peningkatan baru untuk didapatkan, serta anda boleh mencuba bermain Shell baru yang pernah dimiliki oleh Hadern. Ia juga mempunyai beberapa senjata baru seperti Axatana yang dapat bertukar menjadi kapak berat dan sepasang katana dengan pantas.

Menurut ketua PC dan Konsol di PlayStack, iaitu Kiron Ramdewar menyatakan sejak dilancarkan pada bulan Ogos 2020, mereka telah memikirkan bagaimana untuk memberi pemain sesuatu yang sangat istimewa yang menunjukkan penghargaan ikhlas atas sokongan peminat. Pengembangan The Virtuous Cycle telah dikemaskini dengan kandungan akan digemari oleh peminat genre ini, serta ia menyediakan cara baru unik untuk merasai dunia Mortal Shell. Mereka juga tidak sabar untuk melihat bagaimana pemain baru dan lama akan mengatasi mod roguelike yang disediakan ketika mengembara lebih jauh di Fallgrim.

Berdasarkan penerangan dari laman Steam, Mortal Shell adalah sebuah game Action-RPG menguji kewarasan dan ketahanan pemain dalam dunia yang sudah hancur. Musuh di dalam game ini tidak mempunyai belas kasihan, dan anda perlu bertahan hidup melalui ketelitian serta memiliki naluri yang peka. Anda akan bermain sebagai pahlawan yang hilang, mengesan tempat perlindungan tersembunyi dan menghadapi musuh hebat.

Untuk menuntut tawaran ini, anda perlu memiliki game asas di platform yang ingin dimainkan. Anda boleh bermain game ini di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Malah, mereka yang sudah memiliki Mortal di PS4 dan Xbox One layak untuk mendapat peningkatan percuma ke versi PS5 serta Xbox Series X|S, iaitu Mortal Shell: Enhanced Edition. Setelah tempoh tawaran ini tamat, The Virtuous Cycle akan kembali ke harga asal iaitu USD $8 (anggaran RM33.91).

Pemain Mortal Shell boleh mula mendapatkan kandungan The Virtuous Cycle dari 18 sehingga 23 Ogos ini secara percuma, sebelum ia kembali ke harga asal. Bagi yang berminat, anda boleh membaca review kami mengenai Mortal Shell dan segala liputan berkaitan game ini di pautan tersedia.

MUAT TURUN DISINI
Mortal Shell
Publisher: Playstack
Developer: Cold Symmetry
Release Date: 2020-08-18
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Mortal Shell adalah aksi RPG mendalam yang menguji kewarasan dan ketahanan anda dalam dunia yang kehancuran. Ketika sisa-sisa kemanusiaan makin layu dan membusuk, musuh-musuh yang bersemangat membanjiri runtuhan. Mereka tidak memiliki belas kasihan, dengan kelangsungan hidup menuntut kesadaran, ketelitian dan naluri yang unggul. Jejaki tempat suci pengikut yang taat dan temui tujuan sebenar anda.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Filem My Hero Academia: World Heroes’ Mission mendapat kutipan 1.6 Billion Yen hanya dalam 10 hari tayangan di Jepun!

Next Post

Review Razer Nommo Pro & Nommo Chroma: Untuk pengalaman audio mewah!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review Razer Nommo Pro & Nommo Chroma: Untuk pengalaman audio mewah!

Review Razer Nommo Pro & Nommo Chroma: Untuk pengalaman audio mewah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd