Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kemas kini Beta PS5 menambah sokongan SSD M.2 dan lain-lain

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 30, 2021
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Kemas kini Beta PS5 menambah sokongan SSD M.2 dan lain-lain
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah mengeluarkan kemas kini ‘firmware beta’ baru untuk pengguna terpilih di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, UK, Jerman, dan Perancis. Ia adalah kemas kini yang besar untuk pengguna PS5 dan mempunyai pelbagai penambahbaikan dan ‘customization’ ke ‘user interface’ dan pengalaman keseluruhan. Yang paling menarik sekali adalah sokongan SSD M.2 untuk PS5, memandangkan SSD dalaman konsol hanya mempunyai 825 GB.

https://twitter.com/Nibellion/status/1420678223713775622

Sony menjelaskan bagaimana pengguna beta dapat memasang SSD sendiri, tetapi harus diperhatikan bahawa mereka yang tidak mempunyai akses ke beta tidak digalakkan melakukan perkara ini di PS5 mereka. Terdapat juga beberapa syarat untuk SSD jenis apa yang boleh dipakai PS5. Ia seharusnya adalah SSD M.2 denngan sokongan PCIe Gen4, mempunyai kelajuan ‘read’ setinggi 5,500MB/s atau lebih cepat, penyebaran haba yang berkesan, dan lain-lain.

Oleh kerana ini adalah beta, syarat-syarat tersebut mungkin akan berubah, tetapi Sony menyatakan bahawa mereka tidak dapat menjamin prestasi jika pengguna bermain game di storan luaran. Walaupun ia memenuhi keperluan semasa, SSD M.2 ini sangat berbeza dengan SSD di dalam PS5.

Satu lagi perubahan terbesar dalam kemas kini adalah ia membantu membezakan permainan PS4 dan PS5. Di menu utama dan di perpustakaan permainan, judul setiap permainan sekarang akan memberitahu sama ada permainan itu adalah versi PS4 atau PS5. Versi itu juga akan diasingkan untuk memudahkan pengguna. Selain itu, update ini merangkumi sokongan audio 3D untuk pembesar suara TV, yang menggunakan alat kawalan PS5 DualSense untuk mengukur akustik bilik. Ini digunakan untuk tetapan audio 3D.

Banyak lagi tambahan dan pengubahsuaian. Antaranya adalah ‘Trophy Tracker’ yang  membolehkan pemain menjejak 5 trophy bagi setiap permainan melalui Control Center, kemampuan untuk memilih antara 720p dan 1080p untuk permainan PlayStation Now, kebolehan untuk membuat klip video automatik bagi gameplay terbaik anda, dan lain-lain.

Pengguna PS5 juga mendapat akses ke beberapa pilihan baru, seperti kemampuan untuk mengatur tetapan di Control Center, tab ‘Friends’ di Game Base akan diperbaiki, dan kemampuan untuk melihat berapa banyak rakan yang sedang online. Pemain juga dapat melihat dan menulis mesej kepada rakan dan parti dari Game Base di Control Center. Secara keseluruhan, ini hanyalah sedikit dari kemas kini konsol PS5.

Source: Sony

Tags: firmwarem.2 SSDps5SSDUpdate
Previous Post

Acara ulang tahun ketiga Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 bermula hari ini sehingga 26 Ogos!

Next Post

Dapatkan A Plague Tale: Innocence dan 3 game lain PERCUMA di Epic Games Store bermula hari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Dapatkan A Plague Tale: Innocence dan 3 game lain PERCUMA di Epic Games Store bermula hari ini!

Dapatkan A Plague Tale: Innocence dan 3 game lain PERCUMA di Epic Games Store bermula hari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd