Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 berjaya mencatat jualan lebih dari 10 juta unit dan menjadi konsol PlayStation terlaris!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 29, 2021
in Artikel, Berita, Platform, PS5
0 0
0
PS5 berjaya mencatat jualan lebih dari 10 juta unit dan menjadi konsol PlayStation terlaris!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa konsol next-gen mereka, Playstation 5 telah berjaya terjual lebih dari 10 juta unit sejak ia dilancarkan 12 November 2020 secara global. PS5 kini menjadi konsol paling laris dalam sejarah syarikat Sony dan telah mengatasi penjualan PlayStation 4. Walaupun mengalami masalah kekurangan bekalan di seluruh dunia, namun konsol ini masih mampu mendapat sambutan yang menakjubkan dari pemain.

Sony telah mendedahkan angka penjualan baru untuk beberapa game first-party PS5 seperti Spider-Man: Miles Morales yang telah terjual sebanyak 6.5 juta salinan di seluruh dunia. Game eksklusif mereka, Ratchet & Clank: Rift Apart telah dijual lebih dari 1.1 juta unit sejak ia dilancarkan bulan Jun lalu, manakala Returnal pula berjaya mencatat penjualan sebanyak 560 ribu salinan.

CEO kepada PlayStation, iaitu Jim Ryan menyatakan di siaran akhbar bahawa beliau mahu pemain tahu PlayStation akan terus menghadapi cabaran unik yang mempengaruhi industri serta syarikat game lain. SIE juga akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan jumlah inventori kerana pemain agak sukar untuk mendapatkan PS5 sekarang ini. Mereka akan menghasilkan lebih banyak PS5 dengan cepat walaupun menghadapi masalah kekurangan cip yang menjadi cabaran utama sejak konsol ini dilancarkan.

Ini adalah berita yang sangat dialu-alukan bagi mereka yang masih ingin membeli PS5, kerana sejak sembilan bulan lalu agak sukar untuk mendapatkan konsol seperti PlayStation, Xbox dan Nintendo Switch. Masalah ini terjadi kerana kekurangan cip secara global yang disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Sony juga telah melancarkan rekaan baru DualSense yang ditampilkan dalam dua warna, anda boleh baca review kami untuk mengetahui lebih lanjut. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami mengenai PlayStation, tekan sahaja pada pautan tersedia.

Tags: jim ryanplaystation 5Sony Interactive Entertainment
Previous Post

Netmarble MARVEL Future Revolution akan dilancarkan secara Global 25 Ogos ini!

Next Post

Back 4 Blood mendedahkan apa yang akan datang pada Beta Terbuka bulan depan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Back 4 Blood mendedahkan apa yang akan datang pada Beta Terbuka bulan depan!

Back 4 Blood mendedahkan apa yang akan datang pada Beta Terbuka bulan depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd