Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar angin: Siri live-action Final Fantasy oleh Netflix dalam pembikinan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 28, 2021
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Khabar angin: Siri live-action Final Fantasy oleh Netflix dalam pembikinan!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri live-action berdasarkan francais popular Final Fantasy (Square Enix) dilaporkan sedang dalam pembikinan oleh Netflix. Laporan itu berasal dari laman web Giant Freakin Robot, dan nampaknya disampaikan oleh sumber yang “boleh dipercayai dan terbukti”. Seperti mana-mana khabar angin, pembaca tidak harus percaya khabar angin ini 100% sehingga pengumuman rasmi dibuat.

Selain dari perkara di atas, mereka tidak memberi apa-apa info tambahan, dan tidak menjelaskan sejauh mana perkembangan projek ini sekarang. Projek seperti ini juga boleh dibatalkan sebelum pengumuman rasmi dibuat, jadi saya sarankan semua peminat supaya tidak meletakkan harapan tinggi buat masa ini.

Sekiranya siri ini benar-benar dalam produksi, saya yakin ramai yang tertanya “ke arah mana Netflix akan ambil”. Pilihan yang paling jelas sudah tentu adalah Final Fantasy VII, kerana ia adalah salah satu permainan paling popular dan terkenal dalam francais. Final Fantasy X juga mempunyai jumlah peminat yang sangat ramai. Ada kemungkinan Netflix boleh membuat siri yang hanya menggunakan elemen dari permainan Final Fantasy juga. Square Enix menerapkan ciri-ciri itu untuk Final Fantasy: The Spirits Within pada tahun 2001, tetapi ia tidak menerima sambutan yang tinggi.

Pada bulan Jun lepas, ia didedahkan bahawa siri animasi berdasarkan Final Fantasy IX sedang dihasilkan oleh Cyber ​​Group Studios. Memandangkan permainan ini sangat popular, ramai tidak terkejut kerana ia menerima adaptasi anime untuk penyesuaian. Itu hanya untuk anime. Adakah Netflix akan membuat adaptasi siri live-action Final Fantasy yang bagus?

Sejak kebelakangan ini, Netflix telah menunjukkan minat yang besar pada permainan video, dan Final Fantasy memang sesuai dengan rancangan masa depan syarikat. Adaptasi siri live action Pokemon sedang dalam proses, dan Netflix juga mempunyai rancangan untuk menawarkan streaming permainan video. Namun, buat masa ini, peminat hanya mampu menunggu dan melihat apa yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber – Giant Freakin Robot

Tags: aksi langsungfinal fantasykhabar anginlive actionnetflix
Previous Post

HUAWEI melancarkan produktiviti baru dengan HUAWEI MatePad 11 dan siri HUAWEI MateBook!

Next Post

Pokémon Unite telah menambah Gardevoir ke permainan bermula hari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Pokémon Unite telah menambah Gardevoir ke permainan bermula hari ini!

Pokémon Unite telah menambah Gardevoir ke permainan bermula hari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd