Seperti yang ramai tahu, Ubisoft telah melepaskan DLC terbaru mereka untuk Watch Dogs: Legion – Bloodline 7 Julai lalu. Jadi dalam kesempatan ini, saya juga mendapat peluang untuk mencuba sendiri perkembangan ini. Tanpa melengahkan masa, inilah dia Watch Dogs: Legion – Bloodline review !
Baiklah awal-awal saya ingin menyatakan, saya lagi puas hati memainkan DLC terbaru ini dari keserabutan yang terdapat di Watch Dogs: Legion. Dalam DLC WDL Bloodline ini kita dapat melihat kembali pratagonis utama dari Watch Dogs 1 dan 2 iaitu Aiden Pearce dan Wrench. Kedua-dua Aiden dan Wrench dapat dimainkan semasa cerita Bloodline, dan dengan Season Pass atau pembelian dalam permainan, mereka dapat ditambahkan ke DedSec Resistance anda dalam kempen utama atau dalam mod Online.
Bloodline membawa cerita dengan kembalinya Aiden Pearce dalam umur yang nampak lebih tua dari siri asal Watch Dogs 1. Dia membawa watak yang lebih bijak, serta bertindak untuk lepas tangan dari kerjanya sehingga dia kembali semula ke London untuk bekerjasama dan menyelamatkan dengan anak buahnya (anak adik perempuannya) Jackson Pearce. Bloodline juga membawa kembali wajah lain yang dikenali – atau lebih tepat, dengan topeng muka yang rare, Deuteragonist Watch Dogs 2, Wrench atau nama sebenarnya Reginald Blechman.
Awal penceritaan – Kembalinya Aiden dan Wrench
Jadi kita sambung Bloodline review ini. Kisahnya bermula dengan Aiden yang sebenarnya tidak mahu mengambil pekerjaan berbahaya di London. Bermula dengan Aiden duduk di keretanya ketika itu di Chicago kemudian menerima panggilan dari Jordi, memberitahunya tentang tugas yang tidak dapat dia lakukan kerana “sekatan perjalanan”. Kemudian, dia melihat peluang untuk berhubung kembali dengan anak saudaranya, jadi dia menyelami kembali kehidupan yang sepatut telah ditinggalkannya.
Tetapi pada awal misi, nampaknya Aiden menyedari bahawa dia diotong jalan oleh hacker lain yang sampai ke Broca Tech’s Deep Labs lebih cepat sehingga diketahui bahawa hacker itu sebenarnya Wrench. Namun, Wrench juga mempunyai matlamatnya sendiri dalam misi tersebut. Dan ketika awal permainan itu, Aiden ditangkap oleh Rempart tetapi berjaya melarikan diri dan kemudian menemui Jackson untuk membantunya mencari Wrench selepas Rempart memberinya arahan.
Jalan ceritanya memang cukup menarik, sejak awal mereka tidak sekepala sehinggalah Aiden, Jackson dan Wrench bekerjasama menewaskan Thomas Rempart.
Bukan sahaja Cerita utama, tetapi ada Side Mission tersedia!
Bloodline menawarkan 12 misi jalan cerita utama dan misi sampingan, dan keseluruhan DLC dapat diselesaikan dalam enam hingga lapan jam jika tidak banyak kali tewas lah. DLC ini mengurangkan ruang permainan Legion yang besar, dengan fokus pada bahagian London yang lebih teratur untuk menyampaikan set pencarian baru yang diperkemas. Dan jangan bimbang untuk mengingati melakukan pencarian sampingan atau tidak: Semasa Bloodline, anda harus melakukan misi dengan keutamaan yang lebih rendah sebelum maju dalam kisah utama, kemudian, anda boleh memilih bila-bila masa sahaja untuk meneruskan misi sampingan itu atau terus sahaja meneruskan cerita utama. Seperti saya, ketika Jackson sedang menguruskan beberapa misi dan menyuruh Aiden nantikan keputusannya, ketika itu saya melakukan beberapa misi sampingan oleh Connie.
Jadi ini adalah senarai utama misi Utama permainan:
- Mission 1: Acquisition Target
- Mission 2: Red King
- Mission 3: Jacks
- Mission 4: Friends in Low Places
- Mission 5: Shoe Leather
- Mission 6: Spanner in the Works
- Mission 7: Dark Pattern
- Mission 8: Fox Hunt
- Mission 9: Rempart Rampage
- Mission 10: Red Queen
- Mission 11: Bury your Dead
- Mission 12: Face 2 Face
Dan ini senarai Side Mission
Terdapat 13 Misi Resistanceyang boleh dilakukan sebagai Aiden dan 4 Fixer Contracts oleh Wrench.
CONNIE’S REQUESTS
- Resistance Business
- Protest Punks
- Ghost of London
CLAIRE’S REQUESTS
- The Hypocritical Oath
- Hostile Takeover
- All Seeing Eye
ANGEL’S REQUESTS
- Bloody Knuckles
- Lay Off, Buy Up
- Vigilance
- Guardian Angel
FREDDIE’S REQUESTS
- Sparks Fly
- Shipping and Handling
- Human Cargo
FIXER CONTRACTS
- Ghost Car of London
- Laddie
- Faster than L33T
- Devon v Devin: London Culling
Bermain sebagai Aiden, Wrench dan Jackson
Aiden Pearce
Jadi dari awal penceritaan permainan, saya harus bermain sebagai Aiden. Pada mulanya dia memerlukan Jackson untuk misinya dan melindungi anak buahnya. Walaupun tidak mahu terlibat, Jackson membimbing Aiden sehingga berjumpa dengan ahli DedSec, Connie Robinson, yang membantunya dalam bersiap sedia menentang Rempart dan selesaikan beberapa tugas dimana kerja-kerja tersebut termasuk misi di Side Mission. Rempart juga menghubungi Aiden, menuntut dia untuk mengambil BrocaBridge sambil mengancam akan membahayakan Jackson.
Sehinggalah dia dan Jackson berjaya jumpa rumah lindung Wrench dan ketika itulah Wrench menceritakan kisahnya yang dia diupah Rempart untuk mereka robot dalam projek syarikatnya, tetapi dikhianati. Maka dengan sebab itu, Wrench ingin membalas dendam terhadap Rempart dengan hacking BrocaBridge.
Kemudian sampai satu misi dimana Jackson telah diculik Rempart, dan Aiden memasuki HQ Rempart untuk menyelamatkan anak buahnyaitu. Kemudian, dia telah memberi BrocaBrige palsu yang dibuat oleh Wrench dimana ianya meletup dan mencederakan Rempart. Ketika itulah Aiden berjaya melarikan anak buahnya sehingga Aiden cedera ditembak di lift tempat tersebut sampailah koma tidak sedarkan diri. Masa inilah saya bermain pula sebagai Wrench.
Wrench
Meneruskan misi seterusnya, Wrench membantu Jackson untuk menyelamatkan pakciknya yang koma. Beberapa misi telah dilakukan termasuk mendapatkan bekalan perubatan untuk menyedarkan semula Aiden dari koma. Kemudian, mereka dihubungi Skye Larsen (antagonis WDL), menyatakan dia ingin membantu menyembuhkan Aiden sambil menyatakan motifnya untuk memusnahkan Rempart kerana mengambil alih kemudahannya. Larsen telah membuat ujian eksperimen pada Aiden menggunakan BrocaBridge dimana ia perlu menghubungkan seseorang pada dalam pemikiran Aiden yang sedang koma. Ketika inilah saya bermain sebentar sebagai Jackson.
Jackson
Tidak lama pun bermain sebagai Jackson, dia membantu Aiden melalui dalam pemikirannya dengan mencari semula barangannya seperti telefon, jacket dan topinya yang hilang di kawasan rumahnya ketika kecil. Membantu mengimbas kembali beberapa kenangan dari masa lalu Aiden, Jackson akhirnya berjaya menyelamatkan dan menyedarkan semula pak ciknya itu.
Kemudian mereka bertiga bekerjasama sehingga misi terakhir. Tetapi sehingga akhir misi cerita utama ini, saya hanya memainkan Wrench. Wrench kemudian mengejar Rempart, yang cuba melarikan diri dari London. Berusaha menewaskan robot Rempart dan bala tenteranya, Wrench berjaya mengalahkan robot terakhir Rempart (MK2) dengan bantuan Aiden dan Jackson lalu menyerahkan Rempart kepada pihak berkuasa Albion.
Senjata, Naik Taraf dan Gajet
Meningkatkan dua protagonis ini dapat dilakukan melalui misi utama dan jalan cerita sampingan, walaupun tidak mengharapkan adanya watak asing yang kita boleh suka-suka lantik dan kemajuan gear seperti yang dilihat dengan watak-watak di Legion. Bloodline adalah DLC yang berfokus pada cerita yang meneruskan narasi Legion.
Setiap watak membawa sifat dan peralatan mereka sendiri ke jalan permainan. Apa yang saya dapat lihat dalam Bloodline Review ini, Aiden adalah watak yang lebih berpusat pada pertempuran, dan dia memulakan ceritanya dengan revolver yang kuat serta baton (cota) yang boleh dipanjangkan. Kemahirannya yang unik adalah System Crash, yang dapat hack semua barang elektrik di kawasan berhampiran dan menyebabkan kaos. Ini adalah alat yang baik apabila anda perlu melepaskan diri dari situasi yang serius. Aiden juga mempunyai kemahiran pasif yang berkesan dalam memperlahankan masa setelah penghapusan musuh dan meningkatkan hasil kerosakannya setelah tambah nilai masa.
Aiden Pearce dilengkapi dengan:
- Focus: Sasaran Slow-mo selepas takedown
- System Crash: Lumpuhkan elektronik di kawasan ini
- Gunslinger: reload buffs damage masa tepat
Wrench jauh lebih kool. Senjata utamanya adalah tukul besar bernama Lady Smash dan senjata MPX SMG yang mudah ditembak secara rawak. Wrench juga ada “mini LTL flashbang” yang disebut Ninja Balls memudahkannya melarikan diri dari pergaduhan, dan dia memiliki kemampuan untuk memanggil drone kargo khusus yang membawanya ke mana saja di kota London.
Wrench dilengkapi dengan:
- Summon Sergei: summons Custom Drone
- Ninja Balls: Mini LTL Flashbangs
- Lady Smash: Big Custom Hammer
- MPX SMG dan LTL Grenade Launcher: skin khas pada senjata senjata unik
Kedua pratagonis ini berkongsi mekanik peningkatan langsung. Dengan menyelesaikan misi untuk orang tertentu, anda akan membuka kemahiran baru yang mencerminkan beberapa kemahiran watak dari permainan Legion asas. Anda dapat melihat kemahiran yang ada dengan mudah, serta pekerjaan yang mesti anda selesaikan untuk memperolehnya. Anda juga akan membuka upgrade tracks tambahan untuk Wrench yang memerlukan anda melakukan misi untuk Aiden Fixer Friends.
Jom usha serba sedikit gameplay Watch Dogs: Legion – Bloodline untuk review ini
Maka Kesimpulannya- Perlukah anda dapatkan DLC ini?
Untuk pendapat saya setelah selesai bermain Bloodline untuk review ini, ya anda perlu membeli DLC ini. Saya sangat sukakan cerita dalam Bloodline. Kembalinya Aiden dan Wrench membuat peminat setia siri ini inginkan lebih. Seperti saya sendiri inginkan jalan penceritaan menjadi lebih panjang dari apa yang diberikan sekarang.
Untuk masalah dalam pertempuran, kebanyakkannya misi semua mudah diselesaikan. Paling menarik apabila saya dapat menggunakan drone untuk terus menembak memusnahkan barangan musuh. Ada beberapa ketika dalam tigas side mission yang membuat kecut perut sedikit kerana drone kita senang didengari pihak musuh ketika ingin mengambil sesuatu barang. Dah kantoi kan~ Memang musnahlah drone tu. Yang paling bermasalah adalah misi terakhir memusnahkan robot besar Rempart bernama MK2. Saya rasa dekat 10 kali lah saya mulakan semula misi ni! Memang payah weh! Dengan tenteranya, dengan peluru berpandu MK2 nya, lepas tu robot Rempart yang lain pun tak henti-henti nak serang saya!
Susah macam mana pun, saya berpuas hati dengan DLC ini. Misi sampingan yang diberikan juga hebat, ia lansung tidak membuat saya bosan. Lebih baik adalah apabila anda selesai Bloodline, Aiden dan Wrench dibuka sebagai watak dalam permainan asas.
Pemain boleh mengakses pengembangan Watch Dogs: Legion – Bloodline melalui Season Pass (RM39.90), yang tersedia sekarang atau sebagai sebahagian daripada Watch Dogs: Legion Gold dan Ultimate Editions. Watch Dogs: Legion – Bloodline memerlukan permainan asas, Watch Dogs: Legion, untuk bermain. Pengembangan ini sahaja berharga RM19.90. Jadi jangan lupa dapatkannya ok! Terima kasih baca Bloodline review kami, hingga kita jumpa lagi!

@gamersantaimy
The Review
DLC Watch Dogs: Legion - Bloodline
Watch Dogs: Legion - Bloodline sememangnya menarik lagi-lagi kepada peminat Watch Dogs yang lalu. Jalan cerita juga menarik. Seeloknya, Ubisoft menambah lagi DLC serbegini untuk menarik perhatian pemain!
PROS
- Kedua-dua protagonis bekerja sama dengan baik
- Cerita ini hebat dan mengembalikan kenangan Watch Dogs lama
- Misi sampingan tidak akan bosan seperti permainan utama WDL
- Senjata dan kelengkapan Aiden dan Wrench memang awsome!
CONS
- Mungkin agak membingungkan kerana jalan permainan yang berbeza dengan Legions
- Patutnya membuat jalan cerita yang lebih panjang, peminat lama rindu masa lalu ~
- Laluan peningkatan yang terlalu mudah
Discussion about this post